Utusan Borneo (Sarawak)

The Red Devils mahu mengukuhka­n kedudukan mereka di belakang City

-

LONDON, England: Jurang 16 mata Manchester City di singahsana Liga Perdana Inggeris bermakna saingan paling menarik ialah siapa yang akan muncul naib juara liga di mana Manchester United mahu mengukuhka­n kedudukan mereka di belakang City ketika ini apabila menanti kunjungan Chelsea Ahad ini.

Chelsea bangkit dari dua kekalahan berturut- turut dengan menewaskan West Bromwich Albion dalam liga dan mengikat Barcelona 1-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara Selasa lepas.

United juga seri tapi tanpa jaringan dengan Sevilla di Sepanyol pada kejohanan yang sama di Eropah Rabu lepas.

Anak buah Jose Mourinho, yang tewas kepada Newcastle United dalam liga sebelum ini, mungkin tercicir ke tangga ketiga menjelang sepak mula menentang Chelsea.

Liverpool, dua mata di belakang United, akan menentang West Ham United pada hari Sabtu di Anfield, dengan pasukan tuan rumah belum pernah tewas di tempat sendiri dalam liga setakat musim ini.

Chelsea tidak mampu lagi mendapat keputusan buruk sekiranya mahu mengekalka­n saingan memburu empat tangga teratas liga dan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Tottenham Hotspur, di tangga kelima dan kurang satu mata di belakang Chelsea, akan menentang Crystal Palace pada perlawanan awal hari Ahad.

Pada satu minggu yang menyaksika­n 10 perlawanan terakhir musim ini, saingan kedudukan liga semakin sengit.

Ia juga boleh dilihat di kelompok bawahan di mana hanya lima mata memisahkan pasukan di tangga ke-10 dengan mereka dalam zon penyingkir­an.

West Brom, di tangga terbawah liga, akan menentang Huddersfie­ld Town di The Hawthorns pada hari Sabtu dengan harapan untuk menamatkan tiga kekalahan berturut-turut.

Ia adalah yang pertama dari dua perlawanan menurut media British, peluang pengurus West Brom, Alan Pardew untuk menyelamat­kan tugasnya.

Hujung minggu ini bermula dengan perlawanan di antara Stoke City dan Leicester City dengan kedua-dua pasukan belum menang dalam tiga perlawanan.

Southampto­n, di tangga ketiga dari bawah liga, boleh melangkah keluar dari zon penyingkir­an jika menang di Burnley, yang tanpa kemenangan dari 12 perlawanan sejak pertengaha­n bulan Disember.

Burnley hanya mengutip dua mata dalam liga pada tahun ini, menjejaska­n permulaan baik pada awal musim. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia