Utusan Borneo (Sarawak)

Penyudah cantik Fred bantu Shakhtar sentak Roma 2-1

-

bira selepas semakan terperinci segala bukti, insiden ini telah diselesaik­an.” — AFP KHARKIV, Ukraine: Shakhtar Donetsk bangkit dari ketinggala­n ketika tendangan percuma Fred membolehka­n juara Liga Ukraine itu menang 2-1 ke atas AS Roma pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara Rabu lepas.

Pemain remaja, Cengiz Under, meraikan penampilan sulung dalam Liga JuaraJuara buat Roma dengan membuka jaringan pada minit ke-41.

Tetapi gol dalam separuh masa kedua oleh Facundo Ferreyra dan Fred membolehka­n permainan kembali seimbang menjelang perlawanan kedua di Stadio Olimpico bulan hadapan.

“Pasukan saya mempunyai segala-gala yang mereka perlukan untuk bermain 90 minit di peringkat tertinggi, jadi kesilapan yang kami buat adalah dari segi mental,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

“Saya memberitah­u pasukan untuk bermain dalam separuh masa kedua seperti dalam separuh masa pertama tetapi apa yang saya lihat dalam padang ialah pasukan yang gembira untuk bertahan. Kami perlu menangani masalah ini.”

Roma, yang memburu kelayakan ke suku akhir buat kali pertama dalam 10 tahun, bermula dengan memberangs­angkan sementara Shakhtar, yang hanya bermain perlawanan kompetetif hujung minggu lepas setelah rehat musim sejuk, memberikan banyak ruang kepada Roma di bahagian tengah.

Roma mempunyai peluang awal untuk membuka jaringan pada minit keenam tetapi penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov bertindak cemerlang menepis cubaan Edin Dzeko.

Pada minit ke-21, Dzeko sekali lagi menguji Pyatov selepas satu serangan pantas tetapi Pyatov tidak dapat menghalang rembatan Under empat minit sebelum rehat dari umpanan cantik Dzeko.

Under mencuri tumpuan sejak beberapa minggu yang lalu dan sekarang beliau sudah menjaringk­an lima gol dari empat perlawanan terakhir.

Tetapi selepas rehat, Sha- khtar, yang menang tiga dari empat pertemuan menentang Roma dalam Liga Juara-Juara, meningkatk­an permainan mereka.

Satu hantaran jauh dari Yaroslav Rakitskiy menemui Ferreyra, yang kemudian mengelecek pertahanan Roma untuk masuk ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Alisson Becker.

Shakhtar terus mengasak pintu gol Roma tetapi Alisson bertindak cemerlang menepis cubaan Marlos dan satu rembatan jarak jauh Taison.

Fred bagaimanap­un meletakkan Shakhtar di hadapan dari satu tendangan percuma cantik ketika berbaki 19 minit permainan.

Shakhtar boleh menjaringk­an gol ketiga tetapi pemain gantian Roma, Bruno Peres sempat menghadang bola sebelum melepasi garisan pintu gol dari cubaan Ferreyra pada minit kecederaan.

Jurulatih Shakhtar, Paulo Fonseca, berkata: “Satu-satu sebab kami tidak menang dengan gol yang banyak adalah kerana kecemerlan­gan penjaga gol Roma.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia