Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu kelima di Astro Warna malam ini

-

PENYANYI Dua Lipa dan Stormzy merupakan pemenang terbesar di anugerah BRIT tahun ini, acara anugerah muzik pop yang paling menonjol di Britain, masing-masing pulang dengan dua trofi dalam satu acara yang menyaksika­n persembaha­n oleh artisartis terbesar dalam industri muzik dunia.

Lipa telah dinamakan artis solo wanita terbaik dan artis baharu terbaik di anugerah British Record Industry Trust (BRIT), yang diadakan di London pada Rabu, manakala penyanyi rap Stormzy memenangi hadiah artis solo lelaki British dan album terbaik British untuk ‘Gang Signs & Prayer’.

Ed Sheeran membawa pulang anugerah kejayaan global tetapi kalah dalam tiga kategori lain di mana dia telah dicadangka­n, manakala bintang One Direction Harry Styles memenangi video terbaik oleh seorang artis British.

Foo Fighters menang hadiah untuk kumpulan antarabang­sa sementara penyanyi rap AS Kendrick Lamar telah dinamakan artis lelaki antarabang­sa terbaik, manakalape­nyanyi New Zealand Lorde mengambil kepujian artis solo wanita.

Acara itu menampilka­n persembaha­n daripada Sheeran, Lipa dan Lamar, yang menyanyi di atas satu kiub kaca di mana di dalamnya terdapat sebuah kereta mewah yang dipecahkan oleh seorang lelaki menggunaka­n kayu pemukul.

Persembaha­n Lamar kelihatann­ya seperti mengalami masalah teknikal sehingga membuatkan peminat melahirkan kekesalan mereka di media sosial.

Artis lain juga cuba memberikan yang terbaik.

Justin Timberlake membuka pertunjuka­n dengan satu persembaha­n ‘Say Something’ diiringi oleh satu skor koir kuat yang bertaburan di kalangan penonton, manakala Dua Lipa diiringi oleh banyak penari, juga berselerak di seluruh arena.

Kebanyakan bintang yang hadir memakai ros putih di permaidani merah dan sepanjang pertunjuka­n itu sebagai satu isyarat sokongan untuk pergerakan-pergerakan Time’s Up dan #Metoo terhadap gangguan seksual dan menyokong hak-hak wanita.

“Ia memang membawa perubahan,” kata Lipa memberitah­u Reuters di permaidani merah mengenai bantahan itu.

“Kami membantah dalam cara kami sendiri dan ini bagaimana kami akan membawa perubahan.”

Pertunjuka­n itu juga melihat penyanyi utama Oasis Liam Gallagher menyanyika­n ‘Live Forever’ dalam satu penghormat­an kepada mangsa serangan pengeboman berani mati semasa konsert oleh bintang pop AS Ariana Grande di Manchester pada bulan Mei 2017, yang membunuh 22 orang.

Media Britain melaporkan bahawa persembaha­n oleh Gallagher itu telah ditambah pada saatsaat terakhir untuk menggantik­an Grande, yang menarik diri disebabkan keadaan kesihatann­ya yang tidak baik. — Reuters KUCHING: Minggu kelima ini, pentas Gegar Lawak akan bertambah meriah apabila persembaha­n peserta akan diselitkan dengan dendangand­endangan lagu selaras dengan tema mingguan, ‘Muzikal’.

Buat kali ketiga, gelaran ‘Man On Demand’ pada minggu lalu, sekali lagi jatuh kepada kumpulan Kiut.

Ternyata anak didik Tauke ini merupakan peserta paling menyerlah dan cemerlang berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n hingga ke hari ini.

Dalam pada kumpulan trio Kiut meraikan kejayaan mereka, dua kumpulan duo iaitu Testo dan Sogeh bersama seorang peserta solo, Eyya, menduduki tempat tercorot dalam carta undian minggu lalu.

Nasib tidak menyebelah­i Sogeh apabila dua sahabat baik ini terpaksa meninggalk­an pentas Gegar Lawak apabila mendapat undian terendah.

Kini, tinggal sembilan kumpulan peserta yang masih bertahan dalam menggegark­an pentas Gegar Lawak setiap minggu.

Jom kita saksikan persembaha­n lawak kesemua peserta Gegar Lawak untuk minggu kelima malam ini (23 Februari 2018), bermula jam 10.00 malam hanya di Astro Warna secara langsung dari Studio Sound Stage Finas.

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? TERBAIK: Dua Lipa (kiri) memperkena­lkan adik-adiknya kepada audiens selepas menerima anugerah artis baharu terbaik BRIT di London pada Rabu lepas. ED SHEERAN: Artis Global Terbaik Anugerah BRIT. DUA LIPA STORMZY
— Gambar AFP — Gambar AFP TERBAIK: Dua Lipa (kiri) memperkena­lkan adik-adiknya kepada audiens selepas menerima anugerah artis baharu terbaik BRIT di London pada Rabu lepas. ED SHEERAN: Artis Global Terbaik Anugerah BRIT. DUA LIPA STORMZY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia