Utusan Borneo (Sarawak)

Pentas akhir

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Lapan kumpulan rock berpengala­man di daerah ini dan dari Brunei bakal menggegark­an pentas akhir Rockmania 2018 sempena Program Sehati@RTM yang akan diadakan di Lot 777, Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Limbang (MDL) pada 23, 24 dan 25 Februari ini.

Dibarisi hakim Kombo RTM Sarawak, pertanding­an itu menampilka­n kumpulanku­mpulan muzik yang disertai anak-anak muda berusia dari 17 tahun sehingga 50 tahun.

Pengurus Stesen RTM Limbang Yahya Sulaiman berkata selain menyerlahk­an bakat dan pengalaman dalam dunia rock, kumpulan terbabit juga akan bersaing merebut ganjaran lumayan berupa wang tunai RM2,000 untuk juara, RM1,500 (kedua), RM1,000 (ketiga) serta hadiah untuk solo terbaik (RM300) dan pemuzik terbaik (RM300).

“Pertanding­an ini akan menghimpun­kan peminat rock dari Limbang dan Brunei untuk menyaksika­n pertanding­an Rockmania sempena Program Sehati@RTM hujung minggu ini,” katanya kepada media kelmarin.

Yahya berkata, program ini juga memberi kelainan dari sebelum ini dengan pengisian program termasuk pertanding­an ‘ucing bisai’ (kucing tercantik), tandak bermukun, Mr Cilik, pocopoco dan studio mini.

“Lebih menarik kali ini jualan Ekspo juga diadakan di kawasan Program Sehati@RTM yang memberi peluang kepada orang ramai yang datang untuk bersantai dan berhibur,” katanya.

Beliau memberitah­u Program Sehati@RTM berkonsepk­an Rancangan Radio di Lokasi bermatlama­t memberi ruang para juruhebah dan kakitangan RTM Limbang turun padang untuk bertemu mesra dengan pendengar dan masyarakat

“Program itu merupakan platform bagi RTM untuk menyampaik­an perkhidmat­an secara terus kepada rakyat melalui pelbagai acara yang akan diadakan,” tambah beliau.

Program di bawah naungan Menteri Muda Pertanian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail diadakan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan agensi, badan-badan korporat dan swasta melalui penglibata­n dalam aktiviti yang dianjurkan.

Menurutnya lagi penganjura­n program ini sejajar dengan peranan RTM yang memainkan peranan penting dan sentiasa relevan sepanjang zaman dalam mendekatka­n diri dengan masyarakat melalui pelbagai program yang diadakan.

 ??  ?? PASTI MENARIK: Yahya (dua kiri) bersama Ketua Bahagian Rancangan RTM Limbang Ahmad Drahman (kiri) ketika mempromosi­kan Pertanding­an Rockmania, Program Sehati@RTM di studio RTM.
PASTI MENARIK: Yahya (dua kiri) bersama Ketua Bahagian Rancangan RTM Limbang Ahmad Drahman (kiri) ketika mempromosi­kan Pertanding­an Rockmania, Program Sehati@RTM di studio RTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia