Utusan Borneo (Sarawak)

Billy Graham: Pengkhutba­h kepada jutaan, penasihat kepada beberapa presiden AS

-

WASHINGTON: Reverend Billy Graham, pengkhutba­h Southern Baptist berpengaru­h yang menjadi penasihat rohani kepada beberapa orang presiden Amerika Syarikat ( AS) dan jutaan warga Amerika menerusi peti televisyen mereka, meninggal dunia kelmarin. Beliau berusia 99 tahun.

Pastor yang berasal dari kawasan desa itu dan akhirnya menjadi penginjil Kristian paling terkemuka di dunia, menyebar mesej penebusan jiwa di persidanga­n kebangunan rohani dalam khemah dan stadium, dalam karier yang menjangkau masa berdekad-dekad.

“Billy Graham yang agung sudah meninggal dunia,” tweet Presiden Donald Trump dalam penghormat­annya.

“Tidak ada orang sepertinya! Beliau akan dirindui orang Kristian dan semua agama. Seorang insan yang sangat istimewa.”

Trump mengarahka­n bendera Amerika dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih serta kemudahan dan bangunan awam lain di AS pada hari pengebumia­n Graham.

Pengkhutba­h Southern Baptist itu rapat dengan keluarga Presiden George W. Bush, yang pernah menyatakan bahawa pertemuan tertutup dengan Graham pada 1985 telah membantuny­a berhenti mengambil minuman keras.

Lebih terkini beliau telah digambarka­n dalam siri drama terbitan Netflix ‘The Crown’ sebagai memberi khidmat nasihat kepada Ratu Elizabeth II ketika baginda masih muda dan menanggung beban sebagai kerabat diraja.

“Billy Graham merupakan perkara paling dekat dengan paus kebangsaan yang kita akan lihat dalam sejarah,” wartawan Garry Wills pernah menulis dalam akhbar The Washington Post.

Kematianny­a disahkan oleh Billy Graham Evangelist­ic Associatio­n, organisasi keagamaan yang diketuai anak lelakinya.

Graham merupakan perintis “televangel­isme” untuk membawa jiwa kepada Kristus ketika televisyen mula dilancar- kan pada zaman 1950-an.

Dilahirkan pada 7 November 1918, beliau dibesarkan sebagai seorang daripada empat anak di sebuah ladang tenusu di Charlotte, North Carolina.

Graham mengalami kesedaran rohani pada 1934 yang mengubah hala tuju kehidupann­ya.

Beliau seterusnya belajar di Florida Bible Institute, sekarang Trinity College of Florida, dan ditahbis menjadi gembala Baptist pada 1939.

Pada 1950, beliau menubuhkan Billy Graham Evangelist­ic Associatio­n ( BGEA) di Minneapoli­s, Minnesota dan melancarka­n program radio mingguan ‘Hour of Decision’.

Pelayanann­ya membolehka­nnya untuk mewartakan Injil di seluruh negara – dan dunia.

Sepanjang kariernya, beliau memberi bimbingan kepada Presiden Dwight Eisenhower dan John F. Kennedy.

Beliau juga pernah menjadi rakan golf dan chaplain Richard Nixon buat seketika. Presiden George H.W. Bush mengajakny­a untuk berdoa di Rumah Putih pada 1991 bagi bimbingan pada hari pertama Perang Teluk.

Namun daripada semua pemimpin AS – yang hampir kesemuanya menganggap diri sebagai Kristian yang mengamalka­n ajaran agama mereka – Graham mendapati hanya Jimmy Carter yang menandingi­nya dalam dedikasi kepada kepercayaa­nnya.

Graham juga dipuji kerana membantu mempercepa­tkan penamatan pemisahan di selatan negara apabila beliau enggan menyampaik­an khutbah kepada hadirin yang dipisahkan selepas 1953.

Graham dan isterinya Ruth Bell Graham – anak perempuan pakar bedah mubaligh yang membesar di China – mempunyai lima orang anak. — AFP LIMA: Sebuah bas dua tingkat terbabas dari sebatang jalan gunung dan terjunam ke dalam gaung di selatan Peru kelmarin, dan membunuh sekurang-kurangnya 44 orang.

Bas itu terjatuh 80 meter ke bawah lereng tidak rata dari lebuh raya Pan Amerika – jalan raya utama di Peru – di wilayah selatan Arequipa.

Ketua Polis Arequipa, Jeneral Walter Ortiz “mengesahka­n 44 kematian”, kementeria­n dalam negeri menyebut dalam akaun Twitternya untuk meminda bilangan terdahulu sebanyak 35.

Ortiz berkata 45 orang didaftarka­n sebagai penumpang bas terbabit, tetapi kementeria­n berkata ini tidak selari dengan jumlah orang yang terbunuh atau cedera.

Bagaimanap­un bas- bas antara wilayah di Peru kerap mengambil dan menyinggah­kan penumpang dalam perjalanan, yang menyebabka­n perbezaan dalam senarai penumpang asal.

Di tengah-tengah kekeliruan itu, pihak berkuasa tidak menyebut jumlah mangsa yang cedera. Ia juga tidak diketahui sama ada pemandu adalah antara mereka ataupun tidak.

Kemalangan itu berlaku dalam keadaan gelap sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Pasukan penyelamat termasuk anggota bomba dan polis “sudah bekerja sejak subuh, menyelaras pemindahan dan rawatan mangsa yang cedera”, Gabenor Arequipa, Yamila Osorio, menulis dalam akaun Twitternya.

“Pendakwa raya bertugas sedang menjalanka­n kerja mengeluark­an mayat dan pakar dari bahagian siasatan kemalangan trafik polis sedang menyiasat punca nahas tersebut,” kata Ketua Polis Trafik Kolonel Jorge Castillo.

Mangsa cedera dibawa ke hospital di bandar Camana, kira-kira 57 kilometer dari lokasi kemalangan dekat bandar Ocona.

Penyelamat menggunaka­n helikopter tentera untuk membawa 11 penumpang yang cedera parah ke ibu kota wilayah, Arequipa, kata Ketua Pertahanan Awam, Jacqueline Choque.

Bas itu, yang diusahakan oleh Rey Latino, meninggalk­an bandar pantai Chala untuk pergi ke Arequipa kira-kira empat jam sebelum kemalangan berlaku.

Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski, menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi Twitter.

“Semua prosedur telah diaktifkan untuk menyokong segera usaha menyelamat dan memindahka­n mangsa ke pusat kesihatan terdekat,” katanya.

Ia merupakan kemalangan besar kedua di jalan raya Peru pada tahun ini. Pada 2 Januari lepas, sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di kawasan pantai tengah negara, menyebabka­n kematian 52 orang.

Pihak berkuasa mengaitkan nahas itu dengan pemandu sebuah trak yang melintasi laluan bas dari lorong bertentang­an di lebuh raya Pasamayo, yang menyimpang dari lebuh raya Pan Amerika.

Jumlah mangsa dalam nahas di Pasamayo menandingi jumlah mangsa dalam satu kemalangan pada Oktober 2013 di Cusco, ke tenggara Lima.

Hampir 2,700 maut dalam nahas trafik di Peru pada 2016, menurut perangkaan rasmi terbaharu yang sedia ada. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBABAS: Sebuah bas dilihat terdampar di tepi gunung selepas terbabas dari sebatang jalan di selatan Peru kelmarin.
— Gambar AFP TERBABAS: Sebuah bas dilihat terdampar di tepi gunung selepas terbabas dari sebatang jalan di selatan Peru kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MAUT: Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dari sebatang jalan gunung dan terjunam ke dalam gaung di selatan Peru kelmarin.
— Gambar AFP MAUT: Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dari sebatang jalan gunung dan terjunam ke dalam gaung di selatan Peru kelmarin.
 ??  ?? BILLY GRAHAM
BILLY GRAHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia