Utusan Borneo (Sarawak)

Castro terima kunjungan penggubal undang-undang AS

-

HAVANA: Presiden Cuba Raul Castro pada Selasa menerima kunjungan delegasi penggubal undang-undang dari dua parti politik di Amerika Syarikat (AS), yang melawat pulau itu dengan dakwaan mengenai serangan akustik ke atas diplomat AS dalam agenda mereka.

“Dalam pertemuan itu, mereka berbincang mengenai perkara yang penting bagi kedua-dua negara,” kerajaan Cuba menyebut dalam satu kenyataan.

Delegasi, yang diketuai Senator Demokrat Patrick Leahy dari Vermont, tiba di Cuba pada Ahad lepas untuk menangani pelbagai isu termasuk dakwaan mengenai serangan misteri berkenaan di Havana.

Isu itu telah menjejaska­n hubungan AS- Cuba, dan Washington mengundurk­an separuh daripada diplomat- nya dari Cuba dan mengusir 15 pegawai dari kedutaan Cuba di ibu negara AS.

Pengarah AS dalam Kementeria­n Luar Cuba, Carlos Fernandez de Cossio, bertemu dengan ahli-ahli Kongres yang melawat Isnin lepas dan memberi jaminan kepada mereka bahawa “bukti tidak ada bahawa serangan berlaku ke atas diplomat AS di Cuba”, menurut timbalanny­a Johana Tablada.

Mengiringi Leahy dalam lawatan itu adalah Senator Ron Wyden dari Oregon dan Senator dari Michigan, Gary Peters, selain wakil-wakil, Kathy Castor dari Florida, Jim McGovern dari Massachuse­tts dan Susan Davis dari California.

Leahy merupakan salah seorang ahli politik paling aktif dalam Capitol dalam usaha memperbaik­i hubungan ASCuba, yang pulih pada 2014 di bawah Barack Obama selepas ketegangan selama setengah abad.

Sekurang- kurangnya 24 warga Amerika, campuran kakitangan kedutaan AS dengan tanggungan mereka – mengalami sakit kepala, kehilangan pendengara­n, kebingunga­n dan kehilangan sebahagian keupayaan kognitif antara November 2016 hingga Ogos 2017.

Ada yang pulih daripada simptom paling teruk, tetapi keseriusan, julat dan masa pemulihan tidak menentu dan ia belum lagi jelas sama ada kecederaan tetap telah dialami ataupun tidak.

Laporan media AS mendakwa ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) yang dihantar ke Havana tidak dapat menemukan sebarang bukti untuk menyokong teori bahawa kakitangan telah diserang dengan senjata sonik atau akustik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia