Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Taiwan tangkap empat suspek kes rompakan bitcoin

-

TAIPEI: Polis Taiwan telah menangkap empat lelaki berhubung satu rompakan bitcoin bernilai TW$5 juta (RM629,000) dalam kejadian mereka kata adalah kes pertama seumpamany­a di pulau itu.

Bitcoin adalah mata wang maya yang dicipta daripada kod komputer yang membenarka­n transaksi tanpa nama dan nilainya sudah melonjak sejak ia wujud pada 2009.

Polis Taiwan berkata tiga lelaki dalam lingkungan usia awal 20-an memujuk seorang lelaki bernama Tai untuk pergi ke bandar tengah Taichung, dengan berpura-pura berminat untuk membeli bitcoin.

Selepas Tai menunjukka­n bukti bagi bitcoinnya menerusi telefon, penipu tersebut menyerangn­ya dan rakannya, kemudian memindahka­n 18 bitcoin bernilai TW$5 juta dari akaun Tai menerusi telefonnya.

Suspek cuba menggambar­kan rompakan itu sebagai satu pergaduhan orang mabuk dengan memaksa mangsa untuk meminum Kaoliang, arak Taiwan yang kuat, polis bandar Taichung menyebut dalam satu kenyataan.

Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai satu pergaduhan dan seorang lelaki ditahan. Dua lagi melarikan diri.

“Polis melihat kesan darah di tempat kejadian. Selepas siasatan lanjut, ia didapati satu rompakan mata wang maya bitcoin,” kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin menyebut.

Ia menyifatka­n kes itu, yang berlaku awal bulan ini, se- bagai “kes domestik pertama rompakan bitcoin”.

Dua suspek lagi ditangkap kemudian, seorang di pulau luar pantai Kinmen di mana dia bersembuny­i daripada polis.

Lelaki keempat, bernama Shih, dipercayai dalang di sebalik rompakan itu, turut ditahan.

Britain menyaksika­n rompakan bersenjata bitcoin yang pertamanya pada bulan lepas, menurut laporan, di mana seorang pedagang mata wang maya dan isterinya diugut dengan sepucuk pistol.

Bitcoin dan kripto mata wang lain bebas daripada kerajaan serta bank dan menggunaka­n teknologi ‘blockchain’, di mana duit syiling digital yang sulit dicipta oleh super-komputer. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia