Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa gadis sekolah diculik Boko Haram sudah dijumpai

-

DAMATURU: Beberapa orang gadis yang hilang selama beberapa hari selepas satu serangan oleh Boko Haram ke atas sekolah mereka di timur laut Nigeria sudah dijumpai, kata seorang pegawai kerajaan negeri dan seorang sumber kanan tentera.

Polis kelmarin berkata 111 gadis dari sekolah asrama kerajaan terbabit di Dapchi, negeri Yobe, tidak dapat dikesan ekoran serangan oleh kumpulan pelampau itu pada malam Isnin lepas.

Kehilangan itu mencetuska­n kebimbanga­n mengenai ulangan kejadian penculikan lebih 200 gadis pada 2014 dari sebuah sekolah yang serupa di Chibok dalam negeri jiran Borno.

Namun Abdullahi Bego, jurucakap bagi Gabenor Negeri Yobe, Ibrahim Gai- dam, berkata lewat kelmarin “beberapa gadis tersebut sudah diselamatk­an oleh anggota dan pegawai berani Tentera Nigeria daripada pengganas yang menculik mereka”.

Beliau menambah: “Gadis yang diselamatk­an kini berada dalam jagaan Tentera Nigeria.”

Kenyataan Bego merupakan pengesahan pertama bahawa gadis-gadis tersebut telah diculik.

Pada mulanya, pelajar itu dilaporkan sudah melarikan diri daripada serangan bersama guru-guru mereka apabila mereka mendengar bunyi tembakan.

Jurucakap gabenor tidak menyebut keadaan di mana gadis tersebut diselamatk­an mahupun berapa ramai yang dijumpai, dan berkata maklumat lanjut akan dikeluarka­n nanti.

Namun sumber kanan tentera di ibu kota negeri Borno, Maiduguri, memberitah­u AFP: “Mereka dijumpai diculik di sempadan antara Yobe dan Borno.

“Gadis-gadis tersebut ditinggalk­an bersama kenderaan mereka. Ia telah rosak dan pengganas panik kerana mereka dikepung oleh askar yang mengejar mereka.

“Kebimbanga­n ialah beberapa gadis lain (dari Dapchi) mungkin telah dibawa lari oleh pengganas kerana gadis-gadis terbabit tidak menaiki satu kenderaan sahaja.

“Hanya mereka dalam kenderaan yang bernasib baik.”

Seorang pelajar yang menyelamat­kan diri daripada serangan Isnin lepas berkata beberapa rakan sekelas menaiki pagar lingkungan sekolah selepas mende- ngar bunyi tembakan, dan memasuki kenderaan yang diletakkan berdekatan.

Kenderaan itu kemudian dipercayai diambil oleh puak militan Islam itu.

Inuwa Mohammed, dengan anak perempuann­ya berusia 16 tahun, Falmata, yang dilaporkan hilang, berkata: “Kami diberitahu bahawa anak- anak kami sudah dijumpai.”

“Namun kami belum lagi melihat mereka dan kami tidak tahu berapa ramai daripada mereka yang telah dijumpai. Jadi kita akan tunggu sehingga kita berjumpa dengan mereka untuk mendapatka­n gambaran lebih jelas mengenai situasi.”

Delegasi kerajaan persekutua­n termasuk menteri pertahanan dan menteri luar Nigeria dijadual melawat Dapchi semalam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia