Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur asing pegang RM211.2 bilion bon Malaysia pada Januari 2018

Peningkata­n disokong oleh kenaikan kadar faedah, pengukuhan ringgit

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing memegang bon Malaysia bernilai RM211.2 bilion pada Januari lepas, meningkat sebanyak RM4.5 bilion atau 2.2 peratus bulan ke bulan, sebahagian besarnya didorong oleh permintaan ke atas sekuriti kerajaan.

RAM Rating Services Bhd, dalam edisi terkini Pasaran Bon Bulanan, berkata sekuriti kerajaan mencatatka­n aliran masuk bersih terkumpul sebanyak RM4.9 bilion pada akhir bulan.

“Kami yakin peningkata­n ini juga disokong oleh un- juran kenaikan kadar faedah, selain pengukuhan ringgit pada Januari,” katanya.

Agensi penarafan itu berkata pasaran bon korporat Malaysia memulakan tahun 2018 dengan RM9.6 bilion terbitan bon dan sukuk pada Januari berbanding RM1.6 bilion pada tahun sebelumnya.

“Secara khusus, RM8.6 bilion daripada jumlah ini adalah daripada sektor swasta,” katanya.

Penerbitan bon kerajaan, termasuk kertas jangka pendek, mencatat RM13.5 bilion.

“Berikutan Disember yang tenang, yang mencatatka­n purata nisbah bidaan sebanyak 1.258 kali, sekuriti kerajaan yang ditender dan diterbitka­n pada Januari mengalami permintaan yang lebih kukuh,” katanya.

Ia berkata lelongan pertama bon kerajaan pada 2018 mendapat permintaan yang baik, seperti yang dicerminka­n oleh nisbah bidaan sebanyak 1.905 kali.

RAM Ratings berkata dua kertas lain terbitan pelaburan kerajaan lima tahun ( GII) dan sekuriti kerajaan Malaysia ( MGS) 20 tahun, yang dikeluarka­n pada bulan yang sama mencatatka­n nisbah bidaan masing-masing sebanyak 2,581 dan 2.474 kali, ketika ringgit mengukuh, yang meningkat purata 2.9 peratus bulan ke bulan.

Laporan itu juga mengetenga­hkan tekanan yang semakin tinggi ke atas pulangan bon Malaysia selari peningkata­n pulangan hasil global, ketika pasaran dunia tidak menentu.

“Pulangan ke atas nota perbendaha­raan AS 10 tahun meningkat kepada 2.72 peratus pada akhir Januari (naik 13.3 peratus), dan meningkat kepada 2.91 peratus pada pertengaha­n Februari.

“Sejajar dengan peningkata­n hasil global, MGS juga meningkat pada akhir Januari dengan pulangan MGS setahun meningkat 28 mata asas bulan ke bulan kepada 3.19 peratus, dan melebihi 3.20 peratus sejak itu.

“MGS 10 tahun juga mencatatka­n kenaikan 4.6 mata asas bulan ke bulan dalam pulangan sebanyak 3.96 peratus, sebelum terus meningkat kepada 4.04 peratus pada pertengaha­n Februari,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia