Utusan Borneo (Sarawak)

633,000 hektar ladang sawit telah mendapat pensijilan MSPO

-

PUTRAJAYA: Lebih kurang 633,232 hektar ladang kelapa sawit dan 59 kilang secara sukarela telah mendapat pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) sehingga Januari 2018, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Malaysia mempunyai sejumlah 5.7 juta hektar ladang dan 454 kilang berkaitan kelapa sawit.

“Kami ingin membuktika­n kepada dunia bahawa kami sangat komited ke arah memastikan pengeluara­n minyak sawit secara mampan dan inilah sebabnya mengapa kami memulakan persijilan MSPO.

“Kami yakin lebih banyak penanam kelapa sawit, terutama pekebun kecil akan mengambil skim MSPO,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di sini kelmarin.

Pensijilan MSPO, yang bersifat sukarela ketika dimulakan pada 1 Jan 2015, akan dijadikan mandatori menjelang hujung 2019 untuk melonjakka­n industri kelapa sawit tempatan ke tahap global.

“Garis masa wajib untuk perusahaan perladanga­n bagi mendapatka­n pensijilan MSPO adalah pada 30 Jun 2019 manakala pekebun kecil akan mempunyai masa sehingga 31 Dis,” katanya.

Kerajaan telah memperuntu­kkan insentif sebanyak RM130 juta bagi pekebun kecil kelapa sawit, yang berjumlah lebih kurang 650,000, bagi mendapatka­n pensijilan MSPO.

Mah ketika mengulas mengenai sekatan minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), berkata lima negara EU yang utama tidak akan menyokong larangan tersebut, sementara beberapa negara lagi perlu mengadakan perbincang­an lanjut sebelum membuat keputusan.

“Kami akan menarik lebih banyak negara untuk menyokong kami. Kami yakin lebih banyak negara akan menentang larangan itu, tetapi kami perlu bekerja keras,” katanya.

Perundinga­n Minyak Sawit Malaysia-EU diteruskan dengan beberapa siri mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan dan Pesuruhjay­a EU di Jerman, United King- dom, Perancis, Itali, Sepanyol dan Poland.

Pada 17 Jan, Parlimen EU mengundi untuk melarang bahan api bio berasaskan sawit menjelang 2021 manakala lain-lain bahan api bio berasaskan minyak sayuran seperti dari kacang soya dan minyak biji sesawi boleh terus digunakan sehingga 2030.

Itali adalah negara EU terbaharu yang bersuara menentang resolusi tersebut selepas Perancis, Sweden, United Kingdom dan Belanda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNGAN HORMAT: Mah (kanan) bersalaman dengan Vanu ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia itu di pejabatnya, Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama KUNJUNGAN HORMAT: Mah (kanan) bersalaman dengan Vanu ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia itu di pejabatnya, Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia