Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank IB kekalkan penarafan ‘beli’ ke atas Malakoff

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd ( Maybank IB) mengekalka­n penarafan ‘ beli’ ke atas Malakoff Corporatio­n Bhd dengan harga sasaran pada RM1.15, memandangk­an saham berkenaan menawarkan pulangan dividen yang menarik dalam lebihan enam peratus.

Dalam notanya semalam, firma penyeIidik­an itu berkata walaupun keuntungan bersih tahun kewangan 2017 rendah berbanding unjuran, disebabkan kekurangan kapasiti pembayaran di Tanjung Bin Energy Sdn Bhd ( TBE) pada suku keempat 2017, pembayaran dividen yang mengejutka­n itu, positif.

“Komitmen pengurusan dalam mengekalka­n nisbah pembayaran dividen 100 peratus bakal menyaksika­n Malakoff menjadi saham yang memberi pulangan menarik,” katanya.

Keuntungan bersih Malakoff bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 susut 7.2 peratus kepada RM376.94 juta, manakala pendapatan meningkat 16.9 peratus kepada RM7.13 bilion.

Sementara itu, RHB Research juga mengekalka­n penarafan beli ke atas Malakoff walaupun prospek pendapatan­nya yang lemah, susulan hasil dividen prospektif yang menarik pada harga sasaran RM1.05.

Ia berkata walaupun keuntungan terasnya rendah berbanding unjuran disebabkan gangguan di loji TBE dan impak daripada semakan semula perjanjian pembelian tenaga Segari, nilai nominal dividen kekal pada 6.2 sen sesaham, yang membayangk­an nisbah pembayaran yang lebih tinggi.

“Kami yakin isu TBE akan diselesaik­an pada suku pertama tahun ini, yang menunjukka­n pendapatan pada suku kedua akan kembali normal,” katanya.

Pada jam 10.11 pagi, saham Malakoff meningkat lima sen lebih kepada RM1.70 dengan 372,800 unit diurus niaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia