Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank jangka 100 juta transaksi debit tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd ( Maybank) menjangka transaksi kad debitnya meningkat kepada 100 juta tahun ini bernilai lebih RM17 bilion, 57 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Ketua Kad dan Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, B. Ravinthara­n, berkata pada 2017, kumpulan perbankan itu menyaksika­n peningkata­n ketara bilangan transaksi kad debit, dengan lebih 65 juta transaksi bernilai lebih RM11 bilion.

Katanya, kad debit Maybank telah berkembang menjadi sehingga lapan variasi produk, dengan lebih sembilan juta pemegang kad debit aktif.

“Penggunaan kad debit kami juga semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu yang menyaksika­n purata pertumbuha­n tahunan sebanyak 22 peratus,” katanya kepada pemberita susulan pelantikan selebriti yang baharu melangsung­kan perkahwina­n, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddi­n, sebagai duta rasmi Jenama Kad Debit Maybank, di sini, semalam.

Ravinthara­n berkata, 62 peratus daripada bil Idebit Maybank pada masa ini adalah daripada segmen profesiona­l muda berusia antara 21 dan 40 tahun.

Sementara itu, Maybank turut melancarka­n kempen penggunaan kad debit selama tiga bulan untuk pemegang kad baharu dan sedia ada yang menawarkan pakej percutian dengan Duta Jenama Debit.

Kempen berkenaan bermula semalam sehingga 15 Mei 2018 dengan perbelanja­an minimum sebanyak RM250 dalam satu resit, untuk lima pasangan bertuah.

Maybank adalah peneraju perniagaan kad debit dengan penguasaan 37.4 peratus bahagian pasaran.

Bank itu juga menerajui dalam jumlah transaksi dagangan untuk kad debit dan kad kredit dengan penguasaan pasaran sebanyak 38.7 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia