Utusan Borneo (Sarawak)

PM: Malaysia tidak bankrap, berjaya kurangkan hutang negara

-

KUALA LUMPUR: Perdana menteri semalam mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangk­an kerajaan berjaya mengurangk­an hutangnya kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruk­tur yang berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat keputusan yang berani seperti melaksanak­an Program Transforma­si Ekonomi (ETP) bagi menjana ekonomi, termasuk 2.26 juta pekerjaan yang diwujudkan, dengan purata pendapatan meningkat antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus setahun.

“Kita sendiri menetapkan had 55 peratus daripada KDNK, dan telah menurunkan­nya kepada 50.4 peratus.

“Semasa Krisis Kewangan Asia, rizab negara susut kepada AS$20 bilion, kita tak pun bankrap. Kini rizab kita AS$124 bilion, macamana nak kata kita bankrap?” katanya pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Permodalan Nasional Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia telah mencapai pertumbuha­n ekonomi tertinggi di dunia, sebanyak 5.9 peratus pada 2017, serta kadar inflasi dan kadar penganggur­an yang rendah.

“Ini gambaran yang besar. Pencapaian kita ini dapat ulasan yang sangat baik daripada organisasi antarabang­sa seperti Pertubuhan Perdaganga­n Dunia yang memuji Malaysia memandangk­an ekonomi kita bergerak ke arah yang betul, dan dasar kita menunjukka­n hasil positif termasuk beberapa langkah yang telah kita ambil,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga mendengar kehendak rakyat dan Bajet 2018 menangan- inya.

“Kita tolong rakyat supaya apa yang kita kutip melalui GST dan cukai-cukai yang lain, kita gunakan untuk beri balik kepada rakyat. Banyak yang kita beri balik kepada rakyat seperti bayaran khas untuk penjawat awam dis- ebabkan asas pendapatan kita semakin kukuh.

“Kerajaan hari ini akan menjaga kebajikan rakyat dan akan meneruskan­nya,” katanya dan menambah, kerajaan akan membetulka­n beberapa keputusan sebelum ini membabitka­n jalan bertol.

“Saya akan betulkan beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini, yang saya lihat tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Saya akan lakukan. Kami sudah semak semula IPP, penswastaa­n yang tidak popular, urus niaga yang saya anggap memihak kepada pihak tertentu. Tol… kalau ada baki lagi... saya akan semak balik.

“Yang mana terpaksa kita selamatkan, kita akan selamatkan. (Seperti) Proton … terlalu besar untuk gagal. Kita akan pastikan Proton meneruskan kelangsung­an hidup, namun akan distruktur­kan semula supaya lebih kompetitif,” katanya.

Dalam Bajet 2018, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam, Bukit Kayu Hitam Kedah dan Lebuh Raya Penyuraian Timur di Johor, dimansuhka­n mulai 1 Jan lepas.

“Kami yakin kita boleh bawa negara ini ke arah yang lebih tinggi. Kita akan sampai ke situ. Kami akan susun semula mana yang tidak betul dan maju ke depan. Namun saya tidak kata kerajaan sekarang tidak ada kesilapan. Saya dengan rendah hati mengakui ada kelemahan dalam kerajaan, namun kerajaan bersedia untuk belajar daripada kesilapan dan menambah baik tadbir urus,” kata Najib. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Najib memberi ucapan ketika hadir pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat dan Pelancaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Najib memberi ucapan ketika hadir pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat dan Pelancaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia