Utusan Borneo (Sarawak)

NYSS mahu buka cawangan di Kuwait, Jepun

-

PUTRAJAYA: Restoran berkonsep kasual inspirasi bandar raya New York, NY Steak Shack (NYSS), berhasrat memperluas­kan empayar perniagaan makanan barat halal itu di arena antarabang­sa dengan membuka cawangan di Kuwait dan Jepun.

Pengurus Besar Jenama NYSS, Muhammad Adam Mah berkata, konsep perniagaan itu mendapat perhatian ahli perniagaan Kuwait dan Jepun ketika mereka berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

“Kami berharap untuk menembusi pasaran negara tersebut sebelum akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di cawangan NYSS pusat beli-belah Alamanda di sini, semalam.

Penyerahan sijil halal JAKIM kepada NYSS, yang pertama kepada rangkaian restoran makanan stik di negara ini, disempurna­kan oleh Penolong Pengarah Unit Hubungan Industri Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Safzan Muhd Mukhtar.

Muhammad Adam berkata, penganuger­ahan itu menjadikan usaha melebarkan perniagaan ke arena antarabang­sa, khususnya di negara yang mementingk­an konsep halal menjadi lebih mudah.

“Sijil halal JAKIM memang diperakui di peringkat antarabang­sa dan penganuger­ahan ini menjadikan semua 10 outlet NYSS telah memiliki pensijilan halal, satu aspek yang amat diambil berat oleh penggemar stik,” katanya sambil menambah daging yang digunakan dieksport dari Australia.

Beliau berkata, pihaknya kini hanya menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an sebelum urusan pembukaan francais di luar negara dimuktamad­kan.

Menurutnya, bagi perniagaan dalam negara, NYSS yang hanya beroperasi di Lembah Klang sejak penubuhann­ya pada 2014 menyasarka­n untuk membuka tiga cawangan baharu tahun ini iaitu di Melaka, Johor dan Pahang.

Sementara itu, Mohd Safzan berkata, pensijilan halal JAKIM kepada NYSS telah dikeluarka­n pada 16 Januari lepas dengan tempoh sah laku sehingga dua tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBANGKAN SAYAP: Mohd Safzan (tengah) menyampaik­an pensijilan halal JAKIM kepada Muhammad Adam Mah (kanan) pada Majlis Penyerahan Sijil Halal JAKIM, semalam.
— Gambar Bernama KEMBANGKAN SAYAP: Mohd Safzan (tengah) menyampaik­an pensijilan halal JAKIM kepada Muhammad Adam Mah (kanan) pada Majlis Penyerahan Sijil Halal JAKIM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia