Utusan Borneo (Sarawak)

Produktivi­ti buruh Malaysia 2017 meningkat 3.6 peratus

-

KUALA LUMPUR: Produktivi­ti buruh Malaysia pada 2017 meningkat 3.6 peratus kepada nilai RM81,039 daripada RM78,244 pada tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia selari dengan peningkata­n nilai tambah sektor itu pada 5.9 peratus (2016: 4.2 peratus) dan pekerja meningkat 2.2 peratus (2016: 0.7 peratus).

Beliau berkata, produktivi­ti buruh Malaysia berkembang 3.6 peratus (RM85,031) pada suku keempat 2017 selepas mencatatka­n 4.1 peratus (RM82,433) pada suku ketiga 2017.

“Sektor pertanian mencat- atkan pertumbuha­n produktivi­ti buruh 4.8 peratus (S3 2017: 5.2 peratus) pada RM55,490. Nilai ditambah sektor ini meningkat kukuh pada 10.7 peratus (S3 2017: 4.1 peratus) manakala pekerja melonjak kepada 5.6 peratus ( S3 2017: - 1.1 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, produktivi­ti buruh bagi sektor perlombong­an dan pengkuaria­n pulih kepada 4.7 peratus (RM1,240,137) daripada pertumbuha­n negatif 8.5 peratus pada suku sebelumnya.

Mohd Uzir berkata, nilai ditambah sektor ini merekodkan penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus (S3 2017: +3.1 peratus) mana- kala pekerja turun pada kadar lebih pantas 5.0 peratus (S3 2017: +12.6 peratus).

Produktivi­ti buruh sektor pembuatan meningkat 3.6 peratus (S3 2017: 5.1 peratus) pada RM115,434 dengan nilai ditambah meningkat 5.4 peratus (S3 2017: 7.0 peratus) manakala pekerja meningkat 1.8 peratus ( S3 2017: 1.7 peratus), katanya.

“Sektor pembinaan merekodkan pertumbuha­n produktivi­ti buruh 1.4 peratus (S3 2017: 4.8 peratus) pada RM39,967. Pertumbuha­n nilai ditambah sektor ini adalah 5.8 peratus (S3 2017: 6.1 peratus) manakala pekerja meningkat 4.3 peratus (S3 2017: 1.2 peratus),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia