Utusan Borneo (Sarawak)

400 kilo kokain ditemui di kedutaan Rusia

Pengedar cuba guna perkhidmat­an kurier diplomatik dalam bangunan berkenaan di Buenos Aires untuk seludup dadah dengan nilai pasaran 50 juta euro ke Eropah

-

BUENOS AIRES: Polis merampas hampir 400 kilo kokain dari kedutaan Rusia di Buenos Aires dan menahan beberapa anggota sebuah kumpulan pengedaran dadah, umum menteri keselamata­n Argentina kelmarin.

Patricia Bullrich memberitah­u pada sidang media bahawa dadah tersebut ditemui di satu bahagian tambahan di kedutaan berkenaan dan memiliki nilai pasaran kirakira 50 juta euro.

“Sekumpulan penjenayah narkotik telah cuba menggunaka­n perkhidmat­an kurier diplomatik dalam kedutaan Rusia” bagi membawa dadah ke Eropah, menurut beliau.

Beliau memberitah­u wartawan bahawa polis Rusia dan Argentina telah memutuskan untuk melakukan satu operasi sengit selepas duta Rusia memaklumka­n mereka mengenai penemuan dadah pada Disember 2016.

“Kokain telah digantikan dengan tepung dan peralatan pengawasan dipasang bagi mengawasi penghantar­an” 16 beg dadah tersebut, jelas Bullrich.

Beliau menyatakan operasi tersebut turut membawa kepada penahanan lima suspek – dua di Argentina serta tiga di Rusia.

Dadah tersebut, dengan “keaslian yang tinggi”, hendak dihantar ke Rusia dan kemungkina­n juga ke Jerman, di mana perancang utama yang disyaki berada. “Kami mempercaya­i polis Jerman akan menahan orang buruan ini,” ujar Bullrich.

Menteri berkata ejen perkhidmat­an keselamata­n Rusia “telah datang ke Argentina sebanyak tiga kali bagi membantu siasatan,” yang memakan masa lebih setahun.

Salah seorang daripada dua orang yang ditahan di Argentina adalah seorang rakyat Rusia secara asalnya yang merupakan anggota pasukan polis di Buenos Aires, menurut Bullrich.

Penyiasat mempercaya­i kokain tersebut mungkin berasal dari Colombia atau Peru.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Kementeria­n Keselamata­n Argentina kelmarin menunjukka­n operasi yang membawa kepada penangkapa­n pengedar dan hampir 400 kilo kokain dirampas dari kedutaan Rusia di Buenos Aires.
— Gambar AFP HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Kementeria­n Keselamata­n Argentina kelmarin menunjukka­n operasi yang membawa kepada penangkapa­n pengedar dan hampir 400 kilo kokain dirampas dari kedutaan Rusia di Buenos Aires.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia