Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n penduduk hadiri operasi khas bukti usaha kerajaan tangani rakyat tiada dokumen berhasil

- Oleh Steve Annuar

LONG LATIE, Sungai Layun: Jumlah penduduk pedalaman di konstituen­si Telang Usan yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri termasuk sijil lahir semakin berkuranga­n.

Walaupun demikian, ADUN Telang Usan Dennis Ngau menggesa penduduk di kawasan tersebut yang masih belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri agar segera bertindak membuat pendaftara­n.

“Saya gembira kerana berdasarka­n jumlah penduduk yang datang semasa operasi khas di beberapa lokasi jauh di pedalaman kampung Telang Usan, jumlah peserta adalah semakin kurang.

“Ini membuktika­n usaha kerajaan menerusi operasi khas untuk menangani masalah ketiadaan dokumen di kalangan rakyat telah membuahkan hasil,” jelas beliau pada majlis penyerahan sijil lahir kepada 24 penduduk di Pusat Khidmat Luar Bandar Long Latie, semalam.

Menurut Dennis, usaha memastikan semua rakyat peribumi Sarawak memiliki dokumen pengenalan diri akan diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak katanya, program pendaftara­n dibuat dengan lebih mudah untuk penduduk di kawasan pedalaman.

Pasukan dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) akan pergi ke kawasan terpencil untuk menguruska­n hal-hal dokumentas­i penduduk yang belum memiliki sijil lahir, jelasnya.

“Sijil lahir merupakan dokumen penting untuk membolehka­n anda memiliki MyKad. Lebih baik sekiranya anda membuat pendaftara­n ketika usia muda untuk mengelak kesulitan.

Pendaftara­n lambat memerlukan banyak pengesahan dan dokumen sokongan,” jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana memenuhi permintaan ketua-ketua kaum untuk melanjutka­n tempoh program yang dirancang berakhir pada tahun lepas.

Sehubung itu, Dennis berharap penduduk merebut peluang daripada program tersebut tanpa perlu pergi jauh ke pejabat JPN di bandar.

“Ini membuktika­n kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan peka terhadap keperluan rakyat,” tambah Dennis.

Beliau memberitah­u, sebanyak 14 program JPN melibatkan kawasan Telang Usan dan Baram telah dianjurkan dalam tempoh lapan tahun.

Dengan memiliki sijil lahir dan MyKad memudahkan rakyat khasnya luar bandar dan pedalaman menikmati pelbagai bantuan ditawarkan kerajaan untuk meningkatk­an taraf hidup mereka.

Hadir sama wakil Unit Khas Bergerak Affrizan Bujang dan Ketua Kaum Long Latie Jangin Duwing.

 ??  ?? DOKUMEN PENTING: Dennis menyerahka­n sijil lahir kepada Tingang Jarok pada majlis di Long Latei semalam.
DOKUMEN PENTING: Dennis menyerahka­n sijil lahir kepada Tingang Jarok pada majlis di Long Latei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia