Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan bersimen beri manfaat besar kepada penduduk Kampung Hilir, Kabong

- Oleh Kepu Sidi

KABONG: Projek naik taraf titian kayu kepada laluan bersimen bernilai RM150,000 di Kampung Hilir di sini telah siap sepenuhnya dan mula dimanfaatk­an oleh masyarakat setempat.

Kerja-kerja naik taraf laluan sepanjang 100 meter itu bermula Disember 2017, sekali gus menggantik­an titian kayu yang digunakan penduduk sejak 30 tahun lepas.

Salah seorang penduduk Ghazali Razak, 54, berkata laluan itu adalah penghubung utama penduduk dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

“Terima kasih kepada pemimpin setempat dan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya yang telah berusaha menaik taraf kemudahan ini.

“Laluan bersimen ini memberi keselesaan pergerakan kepada penduduk.

“Aspek keselamata­n turut dipertingk­atkan kerana ia lebih kukuh berbanding titian kayu sebelum ini yang menunggu masa untuk runtuh,” katanya kepada media semalam.

Laluan bersimen itu siap sepenuhnya pada awal Februari ini dan pembukaann­ya telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir, baru-baru ini.

Menurut Ghazali, kemudahan ini turut membuktika­n kerajaan peka dengan keperluan rakyat.

“Sehubungan itu, saya berharap penduduk akan ingat jasa kerajaan dan terus berdiri teguh memberi sokongan kepada kerajaan BN,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis perasmian laluan tersebut ialah Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap dan ketuaketua masyarakat setempat.

 ??  ?? NAIK TARAF: Mohd Chee (kanan) menyempurn­akan upacara perasmian laluan bersimen di Kampung Hilir, Kabong baru-baru ini.
NAIK TARAF: Mohd Chee (kanan) menyempurn­akan upacara perasmian laluan bersimen di Kampung Hilir, Kabong baru-baru ini.
 ??  ?? TINJAU: Simoi (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat di kawasan Gran Stumbin meninjau keadaan sistem perparitan di kawasan tersebut, pagi semalam.
TINJAU: Simoi (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat di kawasan Gran Stumbin meninjau keadaan sistem perparitan di kawasan tersebut, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia