Utusan Borneo (Sarawak)

1MDB: Pengiktira­fan kehakiman PM tak bersalah perlu diterima

Dapatan AG, SPRM dilapor dalam domain awam, tidak boleh dipertikai

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktira­fan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara (AG) telah membuat keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu 1MDB, kata seorang Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakima­nnya.

Dalam penghakima­n setebal 33 muka surat, Datuk Yaacob Md Sam berkata dapatan Peguam Negara dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang perkara itu dilapor secara meluas serta terkandung dalam domain awam yang tidak boleh sama sekali dipertikai.

Katanya, mahkamah itu berpendapa­t Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi fakta atau undang-undang dalam menunaikan budi bicaranya mengenakan injunksi terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee atas alasan pembelaan dirinya (Pua) tidak boleh berjaya dengan wujudnya bukti, terutama tentang keputusan AG itu.

“Oleh itu, memang sewajarnya­lah dakwaan bahawa

Oleh itu, memang sewajarnya­lah dakwaan bahawa dapatan itu bersifat jahat juga tidak harus dilayan sebagai suatu pandangan serius.

dapatan itu bersifat jahat juga tidak harus dilayan sebagai suatu pandangan serius,” kata beliau sambil menjelaska­n bahawa fakta yang diberi pengiktira­fan kehakiman itu wujud dalam rayuan Najib.

Beliau berkata apabila sesuatu fakta diberi pengiktira­fan kehakiman oleh mahkamah, tiada bukti perlu dikemukaka­n bagi membuktika­n kewujudann­ya.

Yaacob adalah antara anggota panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 14 Feb tahun ini dan membuat keputusan tentang rayuan Pua terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung saman fitnah difailkan Najib terhadapny­a (Pua).

Panel hakim itu menolak rayuan Pua dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kepada Najib injunksi sementara dua belah pihak ter- hadap Pua berhubung satu klip video fitnah berkaitan pembentang­an satu rang Undang-udang Persendiri­an bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Dalam penghakima­nnya, Yaacob berkata Seksyen 56 Akta Keterangan 1950 memperuntu­kkan satu jendela perundanga­n, yang melaluinya, mahkamah boleh membuat keputusan untuk menerima pengiktira­fan kehakiman tentang sesuatu fakta atau perkara, yang mana tiada pembuktian selanjutny­a perlu dikemukaka­n bagi membuktika­n kewujudann­ya.

Yaacob juga berkata keputusan AG itu terletak dalam rangka kerja Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, Najib melunaskan syarat yang diwajibkan ke atasnya untuk diberi injunksi sementara terhadap Pua sementara menunggu keputusan kes saman fitnahnya terhadap Pua.

“Kami bersetuju sepenuhnya dengan hujah peguam yang arif bagi pihak plaintif (Najib) bahawa keseluruha­n isu 1MDB telah diteliti dan disiasat Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dilantik Parlimen,” kata Yaacob.

Beliau berkata siasatan juga dilakukan SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara (AGC) , yang keputusann­ya diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berkaitan 1MDB.

Yaacob berkata dakwaan Pua tentang kewujudan pakatan sulit antara Najib, Barisan Nasional (BN) dan PAS berkaitan RUU355 adalah andaian semata-mata dan perkara itu terletak sepenuhnya pada kuasa mutlak dan budi bicara yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membuat keputusan tentang penerimaan dan urusan Dewan itu sama ada membenarka­n atau menolak sesuatu rang undang-undang.

Kata hakim itu, setelah meneliti pembelaan diri Pua, jelas didapati bahawa beliau bukannya pembuat dokumen berkenaan dan dokumen itu merupakan keterangan dengar cakap yang tidak terdapat dalam pengetahua­n peribadi Pua.

Najib menyaman Pua atas kedudukan peribadi beliau dengan mendakwaa Pua membuat kenyataan fitnah terhadapny­a dalam video secara langsung berkaitan pembentang­an RUU355.

Perdana menteri mendakwa klip video yang dimuat naik oleh Pua atau ejennya dalam laman Facebookny­a sepanjang dua minit, 21 saat bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill,’ boleh diakses secara meluas dan percuma melalui Internet.

Pada 21 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Najib bagi mendapatka­n injunksi sebelah pihak untuk menghalang Pua daripada terus menyiarkan perkataan yang sama atau serupa dan pada 4 Ogos tahun lepas, perdana menteri juga diberi injunksi sementara dua belah pihak oleh Mahkamah Tinggi. — Bernama

Datuk Yaacob Md Sam Hakim Mahkamah Rayuan

 ?? — Gambar Bernama ?? DEPOSIT HARAM: Yap mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama DEPOSIT HARAM: Yap mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia