Utusan Borneo (Sarawak)

Bale perlu kembalikan prestasi terbaik

-

MADRID: Khabar angin mengenai krisis di Real Madrid sudah berakhir buat masa sekarang, tetapi prestasi Gareth Bale masih membimbang­kan menjelang pertemuan dengan Alaves dalam La Liga pada hujung minggu in.

Pemain Wales itu kembali memanaskan bangku pemain simpanan untuk kemenangan 3-1 pada Rabu lepas di Leganes, dan pembabitan­nya terbatas kepada penampilan lewat ketika pasukan Zinedine Zidane mencatatka­n kemenangan keempat berturut-turut.

Bale memulakan perlawanan dalam kemenangan 5- 3 pada hujung minggu lepas di Betis tetapi tidak meyakinkan, selepas turut dikecualik­an daripada barisan pemain untuk kemenangan 3-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara.

Dia tidak bermain selama 90 minit sejak September lalu disebabkan oleh kecederaan dan prestasi buruk, dan media Madrid seakan-akan sudah membuat keputusan – “kredit Bale sudah habis”, kata tajuk satu berita dalam akhbar sukan harian Marca kelmarin.

Apabila Zidane ditanya sama ada Bale tidak diturunkan di Leganes untuk melindungi­nya, jawapan pengurus dari Perancis itu membayangk­an segalanya tidak berjalan lancar.

“Ia adalah sedikit segalanya. Saya gembira dengan Gareth, tetapi kita perlu melangkah sedikit demi sedikit dengannya,” katanya.

“Kami mahu dia mencari prestasi terbaiknya, kemudian kita akan lihat apa yang kita akan buat dalam perlawanan akan datang. Kami bermain dengan baik buat masa sekarang dan saya akan memerlukan semua orang.”

Cristiano Ronaldo direhatkan di Leganes tetapi mungkin akan bermain se- mula dalam usaha Madrid untuk melanjutka­n kejayaan yang menyaksika­n mereka mengutip 16 mata daripada 18 perlawanan.

Prestasi itu telah melonjak mereka ke dalam kelompok tiga kelab teratas, tetapi mereka masih 14 mata di belakang pendahulu Barcelona.

“Saya tidak pernah menoleh ke belakang. Sekarang kami sudah kembali ke tempat ketiga, kami perlu terus berusaha sehingga kami menduduki tempat kedua dan seterusnya hingga ke akhir,” ujar Zidane, yang walau bagaimanap­un mempunyai banyak isu pemilihan.

Sergio Ramos digantung untuk perlawanan menen- tang Alaves, manakala Marcelo, Toni Kroos dan Luka Modric semua cuba pulih daripada kecederaan sebelum perla- wanan pusingan kedua menentang PSG pada 6 Mac.

Alaves juga boleh jadi pasukan lawan yang berbahaya, hasil perubahan mengejutka­n di bawah jurulatih baharu Abelardo yang telah menjulang mereka 10 mata di atas zon penyingkir­an.

Selepas keputusan seri 1-1 di Chelsea dalam Liga JuaraJuara, Barcelona menerima kunjungan Girona dengan matlamat untuk melanjutka­n siri tanpa kalah mereka dalam La Liga kepada 32 perlawanan.

Itu adalah satu rekod kelab baharu, selepas kemenangan 2-0 mereka di Eibar pada hujung minggu lepas menyaksika­n mereka menandingi rekod lama 31 perlawanan yang dicipta di bawah Pep Guardiola pada 2010/ 11.

— AFP

 ??  ?? BALE
BALE
 ??  ?? ZIDANE
ZIDANE
 ??  ?? CONTE MOURINHO
CONTE MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia