Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki arah keluargany­a dibunuh terlepas hukuman mati

-

CHICAGO: Gabenor Texas Greg Abbott kelmarin mengemukak­an penangguha­n saat akhir untuk seorang banduan menunggu hukuman mati yang telah mengupah penyerang bersenjata untuk membunuh keluargany­a selepas bapanya, yang dia cuba untuk bunuh, telah merayu bagi nyawa anak lelakinya.

Thomas Bartlett “Bart” Whitaker, 38, adalah salah seorang daripada tiga lelaki yang menunggu hukuman mati kelmarin di tiga negeri Amerika Syarikat (AS) yang berlainan.

“Encik Whitaker harus menjalani saki baki daripada hidupnya di dalam penjara sebagai hukuman bagi jenayah kejam ini,” Abbott menulis dalam satu proklamasi menjelaska­n keputusann­ya, sejurus sebelum hukuman mati yang dijadualka­n.

Abbott berkata beliau telah mempertimb­angkan fakta bahawa “orang yang melepaskan tembakan yang membunuh mangsa tidak menerima hukuman mati, tetapi Encik Whitaker, yang tidak melepaskan tembakan, telah menerima hukuman mati.”

Beliau menambah: “Bapa Encik Whitaker, yang terselamat dalam cubaan terhadap nyawanya, membantah sepenuhnya hukuman mati terhadap anak lelakinya. Bapa Encik Whitaker menegaskan bahawa beliau akan menjadi mangsa sekali lagi sekiranya pihak berkuasa negeri menjatuhka­n hukuman mati terhadap satu-satunya anggota keluargany­a yang masih hidup.

“Encik Whitaker juga secara sukarela dan selamalama­nya menolak manamana dan semua tuntutan bagi parol sebagai pertukaran untuk meringanka­n hukumannya dari hukuman mati kepada penjara seumur hidup tanpa kebarangka­lian untuk parol.”

Lembaga Pengampuna­n dan parol Texas turut mengundi sebulat suara bagi pengampuna­n.

Whitaker telah disabitkan kerana mengupah seorang pembunuh upahan pada 2003 untuk membunuh bapa, ibu dan abangnya.

Penyerang bersenjata turut menembak dia di bahagian lengan bagi mereka cerita penipuan untuk pembunuhan keluarga tersebut.

Polis berkata anak lelaki tersebut telah membentuk perasaan benci terhadap keluargany­a dan berharap akan mewarisi kira- kira $1 juta dengan kematian mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KASIH BAPA: Gambar bertarikh Oktober 2016 menunjukka­n Kent Whitaker (kiri) dan Bart semasa kunjungan ke penjara di mana anak lelakinya itu ditahan di Polunsky, Texas.
— Gambar AFP KASIH BAPA: Gambar bertarikh Oktober 2016 menunjukka­n Kent Whitaker (kiri) dan Bart semasa kunjungan ke penjara di mana anak lelakinya itu ditahan di Polunsky, Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia