Utusan Borneo (Sarawak)

ABR1M pemangkin transforma­si usahawan runcit

-

JASIN: Bukan sekadar menyediaka­n peruntukan menaik taraf premis runcit milik usahawan di seluruh negara, Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) turut memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan mentransfo­rmasikan usahawan runcit, sekali gus meningkatk­an pendapatan mereka.

Bagi usahawan runcit, Hamidah Jabil, 58, beliau tidak menyangka bermula daripada sebuah gerai kecil di kampung yang hanya menjual sedikit barangan runcit kini, berubah menjadi kedai runcit serba moden selepas menyertai projek ABR1M yang diperkenal­kan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutua­n (FAMA).

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada FAMA di atas peruntukan ABR1M yang diterimany­a, yang banyak membantu saya memajukan dan menambahka­n lagi pendapatan perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Jika sebelum ini nilai jualan perniagaan kedai runcit beliau di Sungai Rambai di sini hanya mampu mencapai RM67,000 sebulan, namun kini nilai jualannya meningkat sehingga RM120,000 sebulan.

Pemilik Warisan Uda Enterprise itu berkata segala yang dikecapi hari ini disebabkan keyakinan dan sokongan berterusan FAMA, yang memberi nasihat serta bimbingan selaras dengan perkembang­an perniagaan­nya.

Hamidah yang berniaga sejak empat tahun lepas berkata kehidupann­ya berubah selepas FAMA Melaka meluluskan peruntukan ABR1M sebanyak RM76,600 pada September 2016 bagi mentransfo­rmasikan premis runcit miliknya.

Beliau hanya perlu menyediaka­n komoditi perniagaan mengikut pecahan iaitu 50 peratus produk segar, 10 peratus produk sejuk beku dan 40 peratus produk runcit, pada harga berpatutan.

Menurut Hamidah memandangk­an waktu operasi kedai runcitnya bermula 7 pagi hingga 9 malam, beliau bersama seorang pekerjanya akan ke pusat borong FAMA dan pasar sekitar Muar, Johor untuk mendapatka­n sebanyak 70 kilogram produk segar seawal 3 pagi setiap hari.

“Selainmeny­ediakan produk segar untuk pelanggan setiap hari, kami juga menawarkan penjimatan harga barangan sebanyak lima hingga 20 peratus kepada pengguna berbanding kedai runcit lain,” katanya yang kini mampu mengaji empat pekerja.

Selain premis runcitnya yang pertama di Daerah Jasin, tiga lagi ABR1M di Melaka beroperasi di daerah Melaka Tengah.

Sementara itu, suri rumah Noridah Isa, 61, berkata beliau mendapatka­n produk segar seperti ikan, ayam dan sayuran dari ABR1M milik Hamidah kerana harganya murah dan baranganny­a berkualiti tinggi.

“Di ABR1M ini juga saya boleh mendapatka­n produk keluaran FAMA dengan mudah seperti kopi, biskut dan kordial yang harganya amat berpatutan. Selain itu pilihan barangan di kedai ini juga amat banyak dan memenuhi keperluan saya setiap masa,” katanya. Sementara itu, FAMA menyasarka­n nilai jualan ABR1M di seluruh negara mencecah lebih RM150 juta sehingga akhir tahun ini dengan penambahan 14 lagi ABR1M iaitu sekurang-kurangnya sebuah ABR1M di satu negeri bermula Mac ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Bahagian (Peruncitan) FAMA Abd Rahman Mahmood kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Dapur (JBD) @ ABR1M Peringkat Negeri Melaka oleh Exco Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka Datuk Hasan Abd Rahman, kelmarin.

Sehingga Disember tahun lepas, nilai jualan 108 ABR1M di seluruh negara mencecah RM143.40 juta.

ABR1M merupakan projek menaik taraf premis runcit milik usahawan sedia ada dengan menawarkan produk makanan segar hasil pertanian yang dijual terus daripada sumber pengeluara­n kepada pengguna selain menjual barangan keperluan runcit harian pada harga berpatutan.

Projek berkenaan merupakan antara langkah kerajaan mengurangk­an kos sara hidup rakyat dalam aspek bahan makanan, sejajar objektif Program Transforma­si Ekonomi dan Bidang Ekonomi Utama Negara dengan mentransfo­rmasikan sektor peruncitan menjelang 2020.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENDAPATAN 6 ANGKA: Hamidah menunjukka­n produk jualan yang terdapat di kedainya yang terletak di Parit Putat, Sungai Rambai. Beliau meraih pendapatan sehingga RM120,000 sebulan setelah menyertai projek ABR1M yang diperkenal­kan oleh FAMA.
— Gambar Bernama PENDAPATAN 6 ANGKA: Hamidah menunjukka­n produk jualan yang terdapat di kedainya yang terletak di Parit Putat, Sungai Rambai. Beliau meraih pendapatan sehingga RM120,000 sebulan setelah menyertai projek ABR1M yang diperkenal­kan oleh FAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia