Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri temui jalan baharu tingkatkan hasil pendapatan negeri

-

SIMUNJAN: Kerajaan negeri sudah menemui jalan baharu untuk meningkatk­an hasil pendapatan negeri.

Perkara itu didedahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi pada sidang media selepas majlis perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan di pekarangan Dewan Mesra Simunjan di sini, semalam.

Namun, beliau enggan mendedahka­n lebih lanjut mengenai perkara itu dan hanya akan mengumumka­nnya pada Oktober nanti.

“Saya ada berita gembira baharu buat Sarawak, tetapi akan saya umumkan Oktober nanti.

“Ia bukan berkaitan minyak dan gas tetapi ia berkait secara tidak langsung dengan perkara itu kerana saya mahu tingkatkan lagi hasil pendapatan negeri. Oktober nanti saya akan umumkan bagaimana mekanismen­ya,” katanya.

Abang Johari berkata, dengan adanya tambahan hasil pendapatan negeri, ia memudahkan lagi usaha membangunk­an negeri ini.

“Projek pembanguna­n jalan pesisir memerlukan peruntukan RM6 bilion manakala projek pembanguna­n sistem air bergrid memerlukan peruntukan sekitar RM8 bilion.

“Jika kita sudah mempunyai tambahan hasil pendapatan negeri, tiada lagi masalah untuk mendapatka­n peruntukan bagi melaksanak­an projek pembanguna­n untuk rakyat di negeri ini,” tegasnya.

Terdahulu, Abang Johari memberitah­u, Sarawak mempunyai hak minyak dan gas berdasarka­n Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958.

Jelasnya, mana-mana syarikat termasuk Petronas yang berhasrat menjalanka­n aktiviti mencari dan melombong minyak dan gas di Sarawak perlu mematuhi ordinan berkenaan.

“Ini bermakna, Petronas atau mana-mana syarikat luar yang mahu melakukan aktiviti perlombong­an termasuk minyak dan gas di Sarawak perlu mematuhi undang- undang negeri,” tegasnya.

Beliau mengakui selama ini, kerajaan negeri tidak menguatkua­sakan ordinan berkenaan.

“Di bawah Perlembaga­an Persekutua­n kita bersetuju, permit dan lesen untuk sebarang aktiviti melombong dinyatakan dengan jelas,” katanya.

Tegasnya lagi, untuk itu Petroleum Sarawak berhad (PETROS) akan memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas seperti yang termaktub di bawah ordinan berkenaan.

Katanya, PETROS kini mempunyai lesen dan permit yang dikeluarka­n oleh kera- jaan negeri untuk menerokai industri minyak dan gas Sarawak.

Abang Johari menjelaska­n, usaha industri minyak dan gas itu termasuk di bawah Senarai Negeri menurut Perlembaga­an Persekutua­n, Perkara 2 (c).

“Kita lihat peruntukan perundanga­n di bawah Seksyen 8J yang membolehka­n permit dan lesen di bawah kuasa kerajaan negeri,” katanya lagi.

Pada November tahun lalu, Abang Johari berkata kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n, menerusi pasukan petugas khas peringkat tertinggi akan berbincang mengenai mekanisme terbaharu mengenai hak Sarawak terhadap sumber petroleum dan juga lain-lain sumber di kawasan laut dan daratannya.

Katanya, ketika itu, hak pemilikan Sarawak termaktub jelas dalam Akta Pelantar Benua dan peruntukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang hak laut sejauh 12 nautika dari daratan milik negeri.

“Sehubungan itu, kita mahu pasukan petugas ini dinaik taraf, dengan kerajaan pusat diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Sarawak oleh tiga timbalan ketua menteri,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaik­an penggulung­an di DUN Sarawak.

 ??  ?? ADA BERITA GEMBIRA: Abang Johari (dua kanan) mengadakan sidang media selepas perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,...
ADA BERITA GEMBIRA: Abang Johari (dua kanan) mengadakan sidang media selepas perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia