Utusan Borneo (Sarawak)

Masing mahu buka ruang kepada wanita yang merupakan pengundi tertinggi parti

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Meskipun masih berteka-teki mengenai nama calon di dua kerusi Parlimenny­a, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjangkak­an satu daripadany­a adalah untuk calon wanita.

Presidenny­a yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, beliau sekali lagi menegaskan PRS akan mengemukak­an sekurangku­rangnya seorang calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti.

“Setakat ini, saya telah mengumumka­n nama calon bagi empat daripada kerusi ditandingi PRS iaitu Parlimen Julau ( Datuk Joseph Salang Gandum), Hulu Rajang (Datuk Wilson Ugak Kumbong), Kanowit (Datuk Aaron Ago Dagang) dan Sri Aman (Datuk Masir Kujat).

“Sementara dua lagi masih kosong iaitu Parlimen Selangau dan Lubok Antu. Dan saya pernah menyatakan pada kali ini PRS akan mengemukak­an sekurang-kurangnya seorang calon wanita dan kerusinya kita akan tahu kemudian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Siap Siaga Gerak Gempur Wanita PRS yang dihadiri Salang, Masir, Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Sophia Brodie dan Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan di sini, semalam.

Masing berkata, sudah tiba masanya PRS menghentik­an parti berpaksika­n lelaki sahaja, tetapi membuka ruang kepada kaum wanita yang merupakan pengundi tertinggi kepada PRS.

“Saya melakukan yang terbaik untuk mencalonka­n wanita PRS, tetapi ia juga masih bergantung kepada keputusan Perdana Menteri dan Ketua Menteri sebagai pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

“Namun, anda ( wanita) harus berjanji kepada saya untuk memberikan sokongan kuat kepada calon kita baik lelaki atau wanita dengan berkempen,” tegasnya sambil memberitah­u begitu juga ahli PRS lelaki yang perlu memberi sokongan kepada calon wanita.

Tambah beliau, wanita kini lebih berbeza berbanding satu ketika dahulu di mana jumlah mereka semakin meningkat selain lebih berpendidi­kan.

Sehubungan itu, mereka perlu diberi peluang dan dihargai agar mereka tidak ketinggala­n.

“PRS sebuah parti yang kecil dan kekosongan dalam parti ini tidak sebesar mana untuk diisi wanita.

“Namun, sejak 12 tahun kita ditubuhkan nampaknya wanita kita juga telah ke hadapan di mana wanita kita dilantik sebagai Senator iaitu Doris dan menjadi wanita Dayak pertama bagi timbalan Speaker Dewan Negara,” katanya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n berkata, beliau percaya PRS akan dapat memenangi kesemua enam kerusi Parlimenny­a pada PRU14 nanti.

Katanya, parti memilih calon yang terbaik dan boleh memberi kemenangan kepada PRS.

“Dua perkara penting kita sebagai ahli, iaitu perlu mempunyai disiplin dan keduanya perlu bersyukur atau berterima kasih kepada kepimpinan parti,” kata beliau.

 ??  ?? RASMI: Masing memukul gong simbolik perasmian Bengkel Siap Siaga Gerak Gempur Wanita PRS sambil disaksikan, Masir (dua kanan), Snowdan (tiga kanan), Doris (dua kiri), Salang (tiga kiri) serta pemimpin PRS lain, semalam.
RASMI: Masing memukul gong simbolik perasmian Bengkel Siap Siaga Gerak Gempur Wanita PRS sambil disaksikan, Masir (dua kanan), Snowdan (tiga kanan), Doris (dua kiri), Salang (tiga kiri) serta pemimpin PRS lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia