Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kpg Essengei kini dibenar guna jalan Ladang Samarahan 2 untuk ke bandar

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah berbincang dengan KPF Plantation yang beroperasi di bawah seliaan syarikat FELDA di Ladang Samarahan 2 agar membenarka­n penduduk kampung melalui jalan ladang untuk ke bandar berdekatan.

Demikian menurut Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais yang menambah mesyuarat dengan pihak KPF Plantation telah diadakan pada Rabu lepas.

“Pihak kita telah bermesyuar­at dan meminta kebenaran menggunaka­n sebahagian daripada kawasan ladang dan jambatan di kawasan Ladang Samarahan 2 sebagai jalan untuk kegunaan penduduk Kampung Essengei dan sekitarnya untuk ke Kuching atau Serian,” katanya.

Naroden berkata, dengan adanya jalan ini mereka tidak perlu lagi menggunaka­n jalan utama yang perlu melalui Asajaya dan jalan ke Kota Samarahan yang sememangny­a sangat jauh.

Melalui persetujua­n tersebut ujar Naroden, bukan sahaja memendekka­n masa perjalanan malah turut memudahkan pekerja ladang tempatan untuk berulang-alik.

Tambahan jalan-jalan tersebut lebih besar dan sempurna, katanya.

Beliau turut menyatakan rasa amat berbesar hati dan penghargaa­n kepada pihak KPF Plantation dan FELCRA kerana membenarka­n penduduk menggunaka­n laluan ladang tersebut.

Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Residen Samarahan Hamsen Atar, Pejabat Seranta FELDA Sarawak JPM Awang Safri Awang Ahmad dan Hairulizam Ameran, Pejabat Wilayah KPF Samarahan Mohd Shaiful Bakri dan Linggie Adis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia