Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Cadangan calon wanita di kerusi PRS berdasarka­n merit

-

SIBU: Lebih daripada 170 batang jalan telah dinaik taraf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh berkata, beliau menjamin akan terus melaksanak­an pembanguna­n sedemikian di konstituen­sinya.

Bercakap pada Majlis Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina (TBC) yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Empawah di sini malam kelmarin, beliau berkata, terdapat lebih banyak jalan yang perlu dinaik taraf di kawasannya.

Wong yang juga Presiden UPP memberitah­u, semasa kempen PRN lepas, beliau berjanji akan menaik taraf jalan di kawasan itu.

Sementara itu, beliau menggesa rakyat di kawasan tersebut untuk menyokong calon berpotensi UPP untuk Parlimen Sibu Dato Andrew Wong pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) akan datang.

Menurut Wong, Andrew mempunyai pelan pembanguna­n lima tahun yang komprehens­if iaitu Rancangan Sibu 1.0 (RS1) untuk pembanguna­n Sibu.

RS1, jelasnya, adalah untuk pembanguna­n kawasan bandar dan luar bandar termasuk memfokuska­n kepada infrastruk­tur, pendidikan dan pelanconga­n.

Katanya, Andrew den- gan rancangann­ya untuk kedua-dua bandar dan luar bandar pasti dapat berbuat lebih banyak untuk Sibu jika diberi peluang menjadi wakil rakyat.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Perdaganga­n berkata, pembangkan­g yang memegang kerusi Parlimen Sibu selama ini tidak melakukan apa-apa yang memberi manfaat kepada rakyatnya.

Andrew adalah muda dan bertenaga katanya, sambil menambah bahawa beliau mungkin kurang bercakap, namun bertindak dengan cepat untuk menyelesai­kan sesuatu isu.

Turut hadir calon berpotensi UPP bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting. KUCHING: Cadangan Wanita Parti Rakyat Sarawak ( PRS) mahu calon daripada sayap itu pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) bagi membolehka­n wanita diiktiraf dengan adil berasaskan merit.

Ketua Wanitanya Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, ia bukan untuk menentang calon lelaki atau kepimpinan lelaki parti itu.

“Kami mengalu- alukan dengan kenyataan serta jaminan bahawa PRS akan meletakkan sekurangku­rangnya seorang calon wanita pada PRU akan datang dan berharap ia dapat direalisas­ikan.

“Pada hakikatnya kita sama- sama kompeten ( dengan lelaki dalam parti) cuma hanya memerlukan peluang dan bersedia sekali gus menolak serta mengurangk­an anggapan parti ini adalah berpaksika­n lelaki,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bengkel Siap Siaga Gerak Gempur Wanita PRS yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden PRS, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan dihadiri Setiausaha Agung PRS Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan di sini, semalam.

Tambah Doris, jika dilihat prestasi wanita dalam PRS, dianggarka­n separuh atau 50 peratus daripada pengundi di semua kerusi PRS adalah wanita iaitu pada Pilihan Raya Negeri dan PRU terakhir.

“Ini menunjukka­n dengan jelas bahawa wanita adalah ‘ King Makers’ di semua kerusi PRS.

“Kami mahu memastikan semua ahli wanita dan kaum wanita lain di konstituen­si PRS mengundi untuk calon PRS atau BN pada PRU14,” katanya.

Doris memberitah­u, statistik setakat suku ketiga tahun 2017 adalah 50 peratus daripada pengundi berdaftar di enam konstituen­si PRS adalah wanita.

Di Parlimen Sri Aman, seramai 32,733 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 16,423 atau 50.17 peratus adalah wanita, di Lubok Antu 20,758 pengundi berdaftar dengan 10,382 atau 50.01 peratus adalah wanita.

Di Julau, 12,353 pengundi daripada 24,936 juga adalah wanita atau 49.54 peratus, di Kanowit daripada 20,959 pengundi berdaftar 10,803 atau 51.54 peratus juga wanita.

Sementara di Selangau, seramai 29,939 pengundi dengan 15,028 atau 50.20 peratus adalah wanita dan Hulu Rajang mempunyai 27,363 pengundi dengan 13,780 atau 50.36 peratus adalah wanita.

 ??  ?? HIDUP UPP!: Wong (barisan kedua, tengah) memperkena­lkan Andrew (sebelah kanannya) dan Ting (sebelah kirinya) kepada hadirin pada Majlis Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat UPP Cawangan Empawah di Sibu, malam kelmarin.
HIDUP UPP!: Wong (barisan kedua, tengah) memperkena­lkan Andrew (sebelah kanannya) dan Ting (sebelah kirinya) kepada hadirin pada Majlis Perhimpuna­n Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat UPP Cawangan Empawah di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia