Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif dianjurkan parti komponen BN tiada ciri politik, hanya bertujuan ringankan beban rakyat beli barangan keperluan

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang dianjurkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini bukanlah bersifat politik atau kempen untuk memancing undi rakyat.

Timbalan Presiden II Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Chieng Buong Toon berkata, program tersebut lebih kepada membantu meringanka­n beban rakyat.

“Cuma, ia dianjurkan oleh parti komponen BN namun ia mendapat kerjasama daripada pihak atau agensi kerajaan yang berkaitan.

“Program ini turut dijalankan di seluruh negara sejajar dengan objektif kementeria­n berkenaan dan tiada kaitan dengan kempen politik,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas merasmikan Jualan Sentuhan Rakyat di Pasar Raya Sing Kwong, Jalan Salim di sini, semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Pengerusi BN Parlimen Sibu Kaunselor Robert Lau, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek yang juga salah seorang calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang Kaunselor Joseph Chieng serta wakil-wakil dari parti komponen BN yang lain.

Program ini dianjurkan bersama SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Jualan yang diadakan dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang itu mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan apabila pasar raya tersebut diserbu orang ramai seawal jam 8 pagi.

Chieng yang juga Pengerusi BN Parlimen Lanang mem- beritahu bahawa tiada ucapan semasa perasmian program itu, justeru ia bukanlah bahan berkempen BN secara langsung.

“Kami hanya bekerjasam­a untuk memastikan program sebegini berjalan dengan lan- car untuk manfaat rakyat dan ia bukan bahan untuk BN berkempen biarpun musim pilihan raya semakin hampir.

“Justeru, program ini bukan platform untuk kami berkempen dan saya menasihati pihak yang berkenaan khususnya pihak pembangkan­g supaya menghentik­an tanggapan tersebut terhadap kami,” tegasnya.

Chieng berkata, program itu akan diteruskan di Sibu Jaya selepas ini.

“Bila ia akan diadakan, kami masih berbincang dan berunding dengan pihak berkenaan.

“Jualan hari ini (semalam) adalah yang kedua kali diadakan selepas yang pertama pada 10 Februari lalu di Pasar Raya Star Mega Mall,” jelasnya yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek.

Beliau berkata, program ini sangat mendapat sambutan yang cukup memberangs­angkan dan berharap ia akan diadakan pada musim perayaan akan datang seperti Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya.

“Kita berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai aktiviti bulanan bagi manfaat rakyat,” ujarnya sambil memberitah­u barang-barang yang dijual adalah sangat murah berbanding harga pasaran.

Antaraprod­uksertabar­angan yang dijual dengan harga yang cukup murah pada program itu ialah pelbagai produk pertanian, ikan, barangan di bawah kawalan harga seperti gula, minyak masak, tepung dan barangan runcit dari Pasar Raya Sing Kwong, Salim.

Tujuan utama program itu ialah meringanka­n beban rakyat dalam kos perbelanja­an barangan keperluan asas seharian.

 ??  ?? RASMI: Chieng (enam kiri), Daniel (empat kiri), Joseph (tujuh kiri) serta ahli komponen BN yang lain ketika simbolik pelancaran Jualan Sentuhan Rakyat di Sibu, semalam.
RASMI: Chieng (enam kiri), Daniel (empat kiri), Joseph (tujuh kiri) serta ahli komponen BN yang lain ketika simbolik pelancaran Jualan Sentuhan Rakyat di Sibu, semalam.
 ??  ?? TURUT SERTA: Warga agensi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merakamkan kenangan pada Program SKSJ Serembu di Siniawan, Bau semalam.
TURUT SERTA: Warga agensi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merakamkan kenangan pada Program SKSJ Serembu di Siniawan, Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia