Utusan Borneo (Sarawak)

Program SKSJ beri banyak manfaat di seluruh negara

-

BAU: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) giat menjalanka­n Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) ke seluruh negeri bagi membantu mereka yang berusia 40 tahun ke atas mendapatka­n Lesen Kelas B2.

Menurut Pegawai Perhubunga­n Awam JPJ Sarawak Abang Nazaruddin Sharbini mewakili Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah, seramai 22,128 calon di seluruh negeri telah mendapat manfaat daripada program itu.

“Sejak 2009, Program SKSJ telah dijalankan oleh pihak JPJ di seluruh negara. Sebanyak 311 siri memanfaatk­an 138, 332 calon dan 36 siri telah diadakan di Sarawak.

“Bagi 2018, pada 3 Februari lepas kita telah adakan Program SKSJ di Lambir, Miri; Samarahan-Asajaya pada 10 Februari lepas dan hari ini (semalam) di Serembu, Bau dan akan ke Dalat, Mukah pada 3 Mac ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut, semalam.

Pada masa sama katanya, pihak JPJ akan memperluas­kan program sama ke Senadin, Miri dan Debak, Betong dalam tahun ini

Antara lain program tersebut memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmat­an secara terus kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Calon- calon diberi peluang selama dua bulan daripada tarikh perasmian untuk mendaftar dengan membayar RM200 bagi melayakkan mereka menduduki ujian bertulis Korikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dan ujian litar.

Sementara itu, di Semenanjun­g terdapat pengecuali­an apabila masyarakat Orang Asli berusia 21 tahun diberi peluang awal menerusi program tersebut selain 45 tahun di tempat-tempat lain.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh meminta pengecuali­an sama sekiranya program tersebut dianjurkan lagi tahun depan.

 ??  ?? MANFAAT PELUANG: Pemeriksaa­n percuma motosikal ditawarkan pada program tersebut.
MANFAAT PELUANG: Pemeriksaa­n percuma motosikal ditawarkan pada program tersebut.
 ??  ?? TAHNIAH: Miro (tiga kiri) menyampaik­an lesen memandu atau lesen kenderaan motor (LKM) yang baharu diperbahar­ui kepada salah seorang penduduk.
TAHNIAH: Miro (tiga kiri) menyampaik­an lesen memandu atau lesen kenderaan motor (LKM) yang baharu diperbahar­ui kepada salah seorang penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia