Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Pantai Damai rangka gerak kerja jentera hadapi PRU14

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai sedang merangka gerak kerja jentera sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Justeru, Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, satu bengkel khas akan diadakan pada awal Mac depan bagi memastikan semua jentera berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya apabila tiba PRU14 nanti.

“Bengkel yang diadakan ini akan menghimpun­kan Exco PBB di peringkat Cawangan Pantai Damai yang terdiri daripada sayap Bapa, Wanita dan Pemuda.

“Pelbagai strategi dan formula yang akan diadunkan (dibincangk­an) semasa bengkel ini berlangsun­g sebagai langkah kita hendak memperkuat­kan lagi jentera pilihan raya PBB Pantai Damai,” kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar itu.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Bersama Jawatankua­sa PBB Cawangan Pantai Damai yang akan mengelolak­an Bengkel Persediaan Menghadapi PRU14 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.4 Pantai Damai di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman berkata, langkah yang diambil itu diyakini akan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada PRU14 kelak.

“Buktinya, kita mengguna pakai langkah yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 apabila PBB Pantai Damai memperoleh kejayaan dengan majoriti undi sebanyak 9,260.

“Ini adalah hasil kerja kuat dan gerak kerja yang tersusun dilakukan oleh ahli jentera kita (PBB Pantai Damai).

“Maka, saya yakin PBB-BN akan terus melakar kejayaan dengan meraih kemenangan besar pada PRU14,” kata Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

 ??  ?? BINCANG: Dr Abdul Rahman bersama Jawatankua­sa PBB Cawangan Pantai Damai merakamkan kenangan selepas mengadakan mesyuarat di Pusat Khidmat DUN Pantai Damai, Kuching barubaru ini.
BINCANG: Dr Abdul Rahman bersama Jawatankua­sa PBB Cawangan Pantai Damai merakamkan kenangan selepas mengadakan mesyuarat di Pusat Khidmat DUN Pantai Damai, Kuching barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia