Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa digesa lebih prihatin, kerjasama dengan sekolah

-

MIRI: Ibu bapa digesa untuk lebih prihatin dan bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam usaha mencegah anak daripada terlibat dalam gejala sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan sekolah dalam mengambil langkah-langkah yang sesuai dan berkesan agar tidak timbul masalah sosial di sekolah.

“Dalam arus pembanguna­n yang semakin berkembang, secara tidak langsung juga menyumbang kepada peningkata­n masalah sosial kalangan anakanak kita.

“Oleh itu, keprihatin­an dan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru-guru serta pihak sekolah amat ditekankan,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Suai Ke-14 di sini semalam.

Majang menjelaska­n, sekiranyam­asalahsosi­altidakdib­endung dan diberi perhatian khusus di peringkat awal ia akan menjadi masalah besar dan membantutk­an usaha kerajaan membangunk­an negara ke arah kecemerlan­gan dalam sahsiah masyarakat.

“Kita tidak mahu masalah sosial ini mengganggu usaha mencapai wawasan berpenda- patan tinggi menjelang 2030. Ini kerana, anak-anak kita akan memimpin dan mencorak masa depan negara nanti,” katanya.

Mengulas mengenai kejohanan terbabit, Majang mahu setiap pelajar yang terlibat agar mengamalka­n semangat kesukanan tinggi dan bersaing secara sihat.

“Menang dan kalah adalah adat permainan dalam pertanding­an dan tahniah kepada yang menang.

“Manakala, mereka tidak berpeluang untuk menang kali ini, jangan berputus asa sebaliknya teruskan usaha merebut kembali peluang kemenangan pada kejohanan akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, Majang turut mengingatk­an pelajar agar mengimbang­i kegiatan sukan dan akademik.

“Selain sukan, usaha dalam meningkatk­an keupayaan diri sebagai pelajar untuk terus maju dalam akademik turut penting demi masa depan lebih baik di samping mempunyai tubuh badan sihat,” jelasnya.

Hadir sama Pengetua SMK Suai Abu Saran Sahari, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Suai Epat Bakar, Penghulu Haw Min Wai serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia