Utusan Borneo (Sarawak)

RM100,000 untuk Persatuan Cina Bersekutu Miri teruskan usaha bangun Miri

-

MIRI: Kerajaan negeri menyumbang geran RM100,000 kepada Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Miri untuk meneruskan usaha menggalak penyertaan kaum Cina menjadikan Miri sebagai bandar raya peranginan meriah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbangga dengan kerjasama masyarakat Cina di sini yang perlu untuk mengukuhka­n semangat perpaduan dan ke- harmonian kaum.

“Saya lihat Miri begitu meriah dan Persatuan Cina Bersekutu Miri telah melaksanak­an peranannya, “jelas beliau menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran persatuan itu, malam kelmarin..

Majlis dihadiri Yang diPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Menurut Abang Johari, Tun Taib telah meletak asas penyatuan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini yang perlu dipertahan dan diteruskan.

Selain itu katanya, di bawah kepimpinan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang dianggap sebagai Bapa Pembanguna­n Miri, impian menjadikan Miri sebuah bandar raya berjaya direalisas­ikan pada 2005.

“Tun telah meletakkan asas seperti mana yang kita lihat di seluruh negeri sarawak dan juga di Miri khasnya di mana masyarakat kaum Cina telah banyak menyumbang ke arah pembanguna­n khasnya di bandar raya Miri.

“Mengubah Miri sebagai bandar raya peranginan telah direalisas­ikan dengan sokongan penduduk Miri,” tambahnya.

 ??  ?? TERUS MAKMUR: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Abang Johari menggaul‘Yee Sang’sambil dibantu Presiden , Hii Teck Yun (empat kiri) sebagai tanda simbolik perasmian majlis malam kelmarin.
TERUS MAKMUR: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Abang Johari menggaul‘Yee Sang’sambil dibantu Presiden , Hii Teck Yun (empat kiri) sebagai tanda simbolik perasmian majlis malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia