Utusan Borneo (Sarawak)

BDA dengan kerjasama persatuan tempatan akan berusaha pastikan Bintulu terus aman, bersih, selamat dan sihat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Bagi memastikan bandar Bintulu sentiasa hidup dan penduduk pelbagai kaum terus harmoni, Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) bersama Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) dan beberapa pihak menganjurk­an program-program sambutan perayaan bersama di bahagian ini.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata Bintulu dikenali sebagai bandar perindustr­ian dengan ekonominya rancak membangun, sekali gus menuntut suasana kehidupan harmoni, sentiasa bersih, selamat dan sihat.

Katanya, penyertaan masyarakat amat penting memandangk­an tanpa masyarakat keadaan serta impian menjadi bandar cemerlang tidak dapat dicapai dan dikekalkan.

“Hasrat kami (BDA) mencapai impian menjadikan bandar Bintulu bandar raya mesra pada 2025,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BDA di sini semalam.

Majlis yang turut mendapat kerjasama FORCA Bintulu dan CSM itu diselitkan dengan acara penyampaia­n sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada ibu tunggal, keluarga miskin, balu dan orang kelainan upaya (OKU).

Rodziah berkata, BDA mengisytih­arkan tahun ini sebagai tahun kempen memerangi kutu sampah dan memperliha­t banyak pihak memberi sokongan.

“Selain i t u, BDA mengelolak­an beberapa pro- gram yang berjaya menarik ramai pelancong antaranya Festival Layang- Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) sehingga menerima Anugerah Pelanconga­n Negeri Sarawak sekali gus disenaraik­an sebagai program utama peringkat negeri.

“Bintulu juga memiliki kedai makanan terbaik untuk pelanconga­n antaranya Kopitiam Bistro menerima Anugerah Hornbill Tourism. Semua usaha ini serta anugerah pelanconga­n yang diterima adalah impian kami dalam menjadikan bandar Bintulu lebih baik,” katanya.

Justeru, penglibata­n dan kerjasama semua pihak terutama warga Bintulu amat diharapkan bagi memastikan bandar Bintulu sentiasa bersih dan selamat.

“Tidak ada orang mengun- jungi sesebuah bandar sekiranya bandar tersebut kotor malah tidak selamat, maka saya minta semua pihak menjaga bandar Bintulu agar menjadi sebuah bandar terbersih di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, BDA juga memenangi anugerah agensi kerajaan sebagai agensi yang menyediaka­n kemudahan rekreasi dengan penyertaan Lembaga Pengurusan Se- kolah Cina yang bertanggun­gjawab menjaga taman rekreasi bersama penduduk.

Rumah terbuka itu merupakan kali ketiga dianjurkan BDA dengan FORCA Bintulu.

Tahun pertama diadakan di Koridor Sejarah dan Kebudayaan Bintulu, diikuti di Naim Paragon Street Mall dan tahun ini CSM dengan venue penganjura­n secara bergilir.

Rodziah turut mengucapka­n setinggi- tinggi terima kasih kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah kerana hadir memeriahka­n majlis itu.

Terdahulu, Presiden FORCA, Hii Toh Him berkata penganjura­n rumah terbuka secara bergilir-gilir di pusat beli-belah itu merancakka­n aktiviti perniagaan di sini.

FORCA berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan selain menyatupad­ukan masyarakat pelbagai kaum.

“Kami harap program ini dapat menggalakk­an perpaduan antara kaum, mewujudkan masyarakat, negara aman, harmoni dan berjaya di samping dapat memberi pendedahan mengenai budaya tradisi kaum Cina kepada kaum-kaum lain,” katanya.

Hadir sama Pengurus Pusat Commerce Square Management Sdn Bhd William Tan, Pengarah Sarawak Land Kemena Park Troy Yaw, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Soo Li Ching serta Datuk Pau Chiong Ung.

 ??  ?? MOGA MAKMUR: Tun Salahuddin, Norkiah (tengah) serta Rodziah, Soo, Troy, William (kiri) dan Mataip, Hii dan Pau (kanan) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BDA, semalam.
MOGA MAKMUR: Tun Salahuddin, Norkiah (tengah) serta Rodziah, Soo, Troy, William (kiri) dan Mataip, Hii dan Pau (kanan) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BDA, semalam.
 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Penerima sumbangan merakamkan kenangan bersama Rodziah, Hii, Soo (tengah), Troy dan William (kiri) di Bintulu semalam.
KONGSI KECERIAAN: Penerima sumbangan merakamkan kenangan bersama Rodziah, Hii, Soo (tengah), Troy dan William (kiri) di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia