Utusan Borneo (Sarawak)

SL1M ‘anak kunci’ berfungsi membuka peluang kehidupan lebih baik kepada generasi muda

-

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumka­n elaun bulanan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini.

Selain akan memberi lebih motivasi kepada pelatih, katanya beliau juga memahami keperluan mereka yang kebanyakan­nya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Menurut Najib, Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail telah berbisik kepadanya untuk mengumumka­n sesuatu sebagai ‘hadiah’ kepada pelatih SL1M.

“... dan selepas melihat kisah hidup pelatih SL1M, saya umumkan elaun bulanan pelatih dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini semalam.

Program selama dua hari itu menawarkan lebih 15,000

Selain keinginan dan potensi besar yang dimiliki, kejayaan yang dinikmati rakyat dan negara adalah disebabkan kerajaan yang ada hari ini telah meletakkan dasar-dasar yang baik untuk kemajuan warganya. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

peluang pekerjaan kepada graduan dan pencari kerja.

Najib turut menyifatka­n SL1M sebagai ‘anak kunci’ yang berfungsi membuka peluang kehidupan lebih baik kepada generasi muda melalui peluang pekerjaan yang disediakan.

Perdana menteri berkata rajin, bersemanga­t dan bercitacit­a sahaja tidak mencukupi tanpa ‘anak kunci’ yang biasanya tersedia melalui dasar yang disediakan kerajaan.

Secara asasnya, beliau berkata setiap kejayaan sama ada oleh generasi muda atau taikun perniagaan mempunyai kaitan dengan dasar yang diperkenal­kan kerajaan dalam menyediaka­n peluangpel­uang kepada rakyat bagi memajukan kehidupan.

“Selain keinginan dan potensi besar yang dimiliki, kejayaan yang dinikmati rakyat dan negara adalah disebabkan kerajaan yang ada hari ini telah meletakkan dasar-dasar yang baik untuk kemajuan warganya,” katanya.

Menjadikan manifesto pilihan raya umum lepas pada 2013 yang meletakkan penyediaan peluang pekerjaan kepada generasi muda sebagai contoh, Najib berkata ia telah pun direalisas­ikan melalui lebih 2.26 juta peker- jaan baharu yang diwujudkan kerajaan sejak tempoh itu sehinga kini.

Perdana menteri berkata SL1M sendiri telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 140,000 graduan yang mengikuti pelbagai latihan bersama industri sejak inisiatif itu diwujudkan pada 2011.

Najib turut merakamkan penghargaa­n kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang sentiasa mendukung kerajaan dalam menerajui pelbagai inisiatif yang diwu- judkan, khasnya SL1M.

“Syarikat-syarikat ini bukan sahaja telah meningkatk­an kebolehpas­aran graduan yang mengikuti SL1M, malah secara tidak langsung turut memperkasa­kan modal insan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMH MESRA: Najib beramah mesra bersama para graduan yang mendaftar Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Nur Natasha Zarin (tiga kanan) dan Ainur Fadzillah Zailani (kanan) selepas Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman...
— Gambar Bernama RAMH MESRA: Najib beramah mesra bersama para graduan yang mendaftar Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Nur Natasha Zarin (tiga kanan) dan Ainur Fadzillah Zailani (kanan) selepas Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman...
 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Nurul Farhanah Saffinye, R. Tamil Selvan dan Nor Aishah Amin antara hampir 150,000 peserta SL1M yang menghadiri Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah yang disempurna­kan Najib di Taman Ekspo Agro...
— Gambar Bernama TIDAK LEPAS PELUANG: Nurul Farhanah Saffinye, R. Tamil Selvan dan Nor Aishah Amin antara hampir 150,000 peserta SL1M yang menghadiri Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah yang disempurna­kan Najib di Taman Ekspo Agro...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia