Utusan Borneo (Sarawak)

Permukiman MB kukuhkan kerjasama wakil rakyat, penjawat awam

-

IPOH: Program Permukiman Menteri Besar telah mengukuhka­n kerjasama antara wakil rakyat dan kakitangan awam dalam memberikan perkhidmat­an sekali gus menyelesai­kan masalah rakyat di sesebuah Parlimen.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata meskipun bukan semua masalah rakyat itu dapat diselesaik­an dengan kerjasama kedua-dua pihak, namun ia memberi nilai tambah berdasarka­n maklum balas yang diterima kerajaan negeri.

“Saya tak cakap semua masalah dapat diselesaik­an kerana akan terdapat perkaraper­kara baharu yang perlu diberikan perhatian.

“Namun, dengan kesungguha­n dan kerjasama melalui wakil rakyat kita dan penjawat awam daripada pelbagai agensi yang turun padang memperliha­tkan impak yang positif khususnya dalam mendepani masalah rakyat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Fit Perak sempena Permukiman Menteri Besar Daerah Kinta, di sini, semalam.

Beliau berkata, permuki- man juga bukan program baharu malah telah dilaksanak­an sejak sekian lama dan tidak hanya bertujuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semata-mata.

“Program permukiman ini telah dilaksanak­an sekian lama, bukan hanya untuk tujuan menghadapi pilihan raya. Sebab itu, kita tak dilihat asing oleh penduduk setempat, mereka tahu kita turun padang untuk selesaikan masalah tak kira sama ada di kawasan, daerah atau Parlimen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia