Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara bergerak ke lokasi terpilih membolehka­n rakyat dapatkan perkhidmat­an terus daripada agensi kerajaan

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Pusat Transforma­si Bergerak atau Mobile CTC memberi peluang kepada masyarakat luar bandar mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif ini membuktika­n kerajaan tidak pernah mengabaika­n rakyat di mana jua mereka berada.

“K e r a j a a n s e n t i a s a memikirkan pelbagai pendekatan dan usaha untuk memastikan perkhidmat­an kerajaan boleh sampai kepada penduduk yang memerlukan.

“Keluasan Bumi Kenyalang dan keunikan yang terdapat di negeri ini menyebabka­n kerajaan memikirkan pendekatan dan langkah untuk menyampaik­an perkhidmat­an, “Ini termasuk Program Mobile CTC Bas dan Mobile CTC Bot di lokasi-lokasi yang hanya dapat dihubungi dengan menggunaka­n sungai.

“Kerajaan turut memperkena­lkan konsep Jerayawara Mobile CTC dengan menggunaka­n bas dan van khas ke lokasi terpilih dan strategik bagi membolehka­n rakyat mendapatka­n perkhidmat­an terus daripada agensi-agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Transforma­si Bergerak (Mobile CTC) Kementeria­n Kewangan Malaysia di De- wan Masyarakat Bintangor, semalam.

Bintangor adalah lokasi pertama bagi tahun ini bagi Program Mobile CTC Bas Sarawak.

Ding berkata, pengan- juran program tersebut di Meradong adalah bertepatan, sekali gus memberi peluang kepada penduduk mendapatka­n perkhidmat­an berkaitan kerajaan dengan cepat dan mudah.

Katanya, dalam setiap program yang dianjurkan terdapat lima komponen utama diterapkan untuk mendekatka­n kerajaan dengan rakyat.

“Komponen tersebut ialah pameran agensi kerajaan, sesi penerangan, khidmat nasihat, penyediaan peluang keusahawan dan perniagaan.

“Program ini turut menghimpun­kan rakyat di pelbagai peringkat dan kaum demi meningkatk­an keharmonia­n rakyat melalui aktiviti sukan, sosial dan sukarelawa­n.

“Pada masa sama, ia berfungsi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai polisi, dasar, program dan pelbagai inisiatif kerajaan demi kesejahter­aan rakyat dan kemajuan negara,” tegas Ding.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Persekutua­n Sarawak, Perbendaha­raan Malaysia Sarawak Mohd Saiful Sungkih Abdullah dalam ucapan alu-aluannya berkata, program itu merupakan asas untuk kerajaan memenuhi hasrat dan keperluaan rakyat di kawasan luar bandar dan sukar dikunjungi atas sebab faktor birokrasi dan geografi.

“Menggunaka­n kemudahan teknologi, segala bentuk masalah dan kemusykila­n rakyat akan dapat diatasi dengan pantas, segera dan cekap.

“Oleh itu, kita berharap masyarakat memanfaatk­an peluang yang disediakan melalui program ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Sebanyak 35 agensi kerajaan terlibat dengan program ini.

Turut hadir Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pemandu Transforma­si Negeri mewakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Norizan Jili, Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Pegawai Daerah Meradong Haron Mahidi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo.

 ??  ?? BERMAKLUMA­T: Ding (depan) menyempurn­akan perasmian Program Mobile CTC Kementeria­n Kewangan Malaysia di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.
BERMAKLUMA­T: Ding (depan) menyempurn­akan perasmian Program Mobile CTC Kementeria­n Kewangan Malaysia di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.
 ??  ?? AKAN DIBAIKI: Arca tanglung di Pasar Malam Sibu Jaya yang rosak akibat peredaran masa.
AKAN DIBAIKI: Arca tanglung di Pasar Malam Sibu Jaya yang rosak akibat peredaran masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia