Utusan Borneo (Sarawak)

HDC buka kaunter berhubung RMM di Sarikei minggu depan

-

SARIKEI: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak akan mengadakan kaunter terbuka berkaitan keperluan dan permintaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi bandar Sarikei dari 26 Februari hingga 1 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad berkata, kaunter terbuka tersebut akan diadakan di Pejabat Tapak Bina, Flat Susur Jambu Sarikei.

“Kaunter terbuka ini bertujuan untuk mendapatka­n data berhubung keperluan dan permintaan RMM di bandar Sarikei bagi kegunaan perancanga­n pembanguna­n pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan kepada me- dia, semalam.

Ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui perkembang­an dan aktiviti HDC di sini.

Bagi yang berminat untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut mengenai RMM, mereka digalak untuk membawa bersama dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, slip gaji, sijil kahwin dan dokumen lain bagi memudahkan proses semakan.

Kaunter akan dibuka dari dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang sepanjang tempoh terbabit. SIBU: Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart (SHOSA) menyeru semua ahli untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan ( AGM) merangkap makan malam di Hotel Kingwood pada 31 Mac ini, bermula jam 6.30 petang.

Setiausaha SHOSA Eddy Puah berkata, kehadirin ahli amat penting memandangk­an pemilihan ahli jawatankua­sa baharu akan diadakan pada AGM itu nanti.

“Pada AGM ini nanti, kita akan memilih 23 ahli jawatankua­sa bagi mengisi jawatan presiden, tiga naib presiden, setiausaha, timbalan setiausaha, bendahari, timbalan bendahari serta 15 ahli jawatankua­sa yang lain,” jelasnya.

Difahamkan, Presiden SHOSA ketika kini, Hii Chang Kee menegaskan untuk tidak dipilih semula berikutan komitmen tugas. Hii kini dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dalam perkembang­an berkaitan, pengerusi pen- ganjur majlis makan malam perjumpaan semula, Yong King Sung memohon bekas pelajar yang berminat menyertai majlis agar mendapatka­n tiket makan malam dengan segera.

“Berikutan tempat yang agak terhad, kita hanya menyediaka­n 90 meja dan sehingga kini, 55 meja telah dijual,” ujarnya sambil menambah makan malam itu dianjurkan bersama Persatuan Bekas Pelajar Saint Elizabeth (SEOSA).

 ??  ?? TURUN PADANG: Simoi (tengah) bersama penghuni Rumah Mathew Japar selepas sesi randau ruai di Rumah Mathew Japar, semalam.
TURUN PADANG: Simoi (tengah) bersama penghuni Rumah Mathew Japar selepas sesi randau ruai di Rumah Mathew Japar, semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Hii (duduk, dua kanan) bersama Yong (duduk, dua kiri) serta yang lain ketika makan malam selepas mengadakan mesyuarat.
SERTAI KAMI: Hii (duduk, dua kanan) bersama Yong (duduk, dua kiri) serta yang lain ketika makan malam selepas mengadakan mesyuarat.
 ??  ?? ASMAN
ASMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia