Utusan Borneo (Sarawak)

Enam sekeluarga yang sedang tidur berjaya menyelamat­kan diri dengan keluar melalui tingkap

-

KUALA LUMPUR: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dapat digambarka­n apabila enam sekeluarga terselamat apabila kediaman mereka di Taman Cheras Prima, Kajang dekat sini, terbakar awal pagi semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, kesemua mereka yang sedang tidur sempat menyelamat­kan diri melalui tingkap di aras dua rumah itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata bagaimanap­un ketika cubaan menyelamat­kan diri, seorang daripada anggota keluarga itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

“Mangsa yang cedera dikenali sebagai Ng Min Jin, 13, dan dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Lima lagi yang terselamat merupakan ibu bapa remaja itu, Ng Peng Cheoi, 49, dan Teng Chui Ai, 43, bersama tiga lagi anak mereka iaitu Ng Min Jun,19, Ng Min Yun,16, dan Ng Min Xuan,14.

Alimaddia berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Pandan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 1.54 pagi dan kebakaran dapat dikawal kira-kira 2.13 pagi.

Menurutnya, kebakaran berkenaan memusnahka­n hampir 80 peratus tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata siasatan awal mendapati pintu rumah mangsa telah dikunci dari luar dengan mangga selain kenderaan jenis Nissan Frontier yang diletakkan di luar rumah turut diconteng dengan cat merah.

Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan memburu individu terlibat dengan kebakaran berkenaan kerana melakukan khianat menggunaka­n api.

Sementara itu, Peng Cheoi berkata beliau berasa lega kerana semua anggota keluargany­a terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, beliau tersedar daripada tidur setelah terhidu bau asap dari ruang tamu di tingkat bawah rumahnya sebelum mengejutka­n kesemua anggota keluarga yang lain.

“Nasib baik saya tidak keluar rumah pada malam itu, kalau keluar tidak tahu apa yang terjadi dengan mereka (keluarga). Saya tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini… anak saya yang cedera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Bernama. — Bernama

Nasib baik saya tidak keluar rumah pada malam itu, kalau keluar tidak tahu apa yang terjadi dengan mereka (keluarga). Saya tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini… anak saya yang cedera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ng Peng Cheoi Bapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia