Utusan Borneo (Sarawak)

Azizan dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamata­n Kerajaan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Pelaksanaa­n Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Datuk Azizan Abu Taat dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamata­n Kerajaan Malaysia yang baharu.

Datuk Sanusi Sidek yang merupakan Ketua Pengarah Keselamata­n Kerajaan Malaysia mengambil alih tempat Azizan sebagai Pengarah Bahagian Pelaksanaa­n Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara MKN yang baharu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata Azizan dan Sanusi antara enam pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran dan penyelaras­an jawatan yang akan berkuat kuasa pada 26 Mac ini.

Menurutnya, pertukaran itu turut melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak DSP Kamarul- zaman Jusoh @ Mohd Daud dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik, IPK Pahang dengan memangku pangkat Supt.

Kenyataan itu turut memaklumka­n Pegawai Turus ( D13) Siasatan Databank DNA Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Negeri Sembilan ASP Anuar Bakri Abdul Salam dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan memangku pangkat DSP.

Sementara itu, ASP Shahnaz Akhtar Haji yang kini Ketua Polis Balai Jitra, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Yan, Kedah dengan memangku pangkat DSP.

Asmawati turut memaklumka­n Ketua Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi, IPD Kuala Terengganu akan menjawat jawatan Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi IPK Terengganu yang baharu dengan memangku pangkat DSP. — Bernama KEPALA BATAS: Polis menahan tiga lelaki geng curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Kepala Batas dalam serbuan berasingan di sini kelmarin dan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan lelaki pertama berusia 21 tahun kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Khamis, sebelum menahan rakannya berumur 20 tahun jam 11.50 pagi kelmarin.

“Berdasarka­n siasatan, dua lelaki itu terlibat sekurangku­rangnya 17 kes curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah SPU sejak tahun lepas dan polis tidak menolak kemungkina­n mereka turut terlibat di daerah lain,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dua lelaki tidak bekerja itu untuk menjalanka­n kegiatan jenayah mereka antaranya parang, spanar, skru driver dan besi pengumpil.

Katanya dua lelaki yang turut mempunyai rekod jenayah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 379 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes ketiga Noorzainy berkata tindakan pantas penduduk kampung yang terdengar bunyi mencurigak­an dari dalam masjid di Kampung Kota Aur, Penaga di sini sebelum membuat intipan berjaya menahan lelaki yang sedang mencuri duit tabung di situ dalam kejadian awal pagi Khamis.

“Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lima penduduk yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan ternampak seorang lelaki masuk ke dalam masjid sebelum bunyi bising dan mereka bertindak mengintip untuk melihat apa yang sedang dilakukan suspek,” katanya.

Katanya lelaki itu dilihat sedang memecahkan tabung masjid dengan menggunaka­n sebatang besi pengumpil tayar dan lima lelaki berkenaan bertindak menahan suspek sebelum menyerahka­n kepada polis.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n polis menemukan wang sebanyak RM55 pada lelaki berusia 25 tahun itu, dipercayai dicuri dari tabung masjid dan siasatan menunjukka­n suspek terlibat enam kes pecah tabung masjid sejak awal tahun ini.

“Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia