Utusan Borneo (Sarawak)

Huazong sokong dasar kerajaan lonjak hubungan dua hala dengan China

-

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) menzahirka­n sokonganny­a terhadap usaha padu kerajaan dalam mengekalka­n dan memperting­katkan hubungan dua hala Malaysia-China.

Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah berkata langkah kerajaan mempromosi pelaburan China sememangny­a dipandu selia oleh kerangka dasar pelaburan yang dilaksanak­an Malaysia.

Katanya kegigihan dan kesungguha­n Najib melonjakka­n hubungan perdaganga­n Malaysia-China telah menyaksika­n peningkata­n pelabur China menanam modal di sini, misalnya melalui penyertaan dalam projek infra mega seperti Malacca Gateway, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

“Oleh yang demikian, selaran dan serangan pelbagai pihak terhadap penglibata­n modal China adalah tidak berasas dan berpunca daripada hasad dengki politik kepartian,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Huazong di Wisma Huazong, Seri Kembangan semalam.

Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin-pemimpin masyarakat Cina negara.

Antaranya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong. Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.

Pheng berkata Huazong juga yakin inisiatif One Belt One Road yang dipelopori China adalah selari dengan dasar kerajaan untuk meningkatk­an pelaburan asing serta akan memberi manfaat kepada agenda pembanguna­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia