Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan dua hala antara kedua-dua negara berada di arah yang betul

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarka­n sebarang percubaan untuk merosakkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan dua hala antara kedua-dua negara kini berada di arah yang betul dan berkembang maju dalam semua sektor.

Bagaimanap­un, beliau berkata beberapa pemimpin pembangkan­g cuba untuk mengeliruk­an dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat dengan menuduh kerajaan menggadai kedaulatan negara menerusi hubungan strategik itu.

Memberi contoh pembeli hartanah warga China di Forest City, Johor, yang didakwa pembangkan­g kononnya akan memperoleh kewarganeg­araan Malaysia dan Taman Perindustr­ian Malaysia-China Kuantan yang merupakan kawasan larangan kepada rakyat Malaysia, Najib berkata semua pembohonga­n itu bertujuan menanam rasa curiga antara Malaysia dan China.

“Hakikatnya, pemimpin kita yang terdahulu berkata jika pembangkan­g berkuasa, mereka akan membatalka­n semua kontrak dengan China.

“Kita tidak boleh membenarka­n perkara ini. Jika pembangkan­g mengambil alih, hubungan dengan China akan terhakis,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Huazong di Wisma Huazong di Seri Kembangan dekat sini semalam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong, Duta

Hakikatnya, pemimpin kita yang terdahulu berkata jika pembangkan­g berkuasa, mereka akan membatalka­n semua kontrak dengan China. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

China di Malaysia Bai Tian selain 1,000 komuniti China dan pemimpin perniagaan.

Huazong adalah badan induk bagi 118 kumpulan sekerja dan persatuan Cina di seluruh negara.

Perdana menteri turut memberi jaminan di bawah kepimpinan beliau, hubungan Malaysia-China akan turut diperkukuh­kan lagi.

Beliau berkata kerajaan BN, sejak awal lagi menerusi bapa beliau, Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussein, mengiktira­f kepentinga­n untuk mewujudkan hubungan khas dengan China, dan hubungan diplomatik yang dijalin dengan China pada 1974, merupakan keputusan yang membawa manfaat bersama bukan sahaja kepada komuniti Cina di sini tetapi juga kepada Malaysia keseluruha­nnya.

Beliau berkata hubungan itu terus berkembang maju, malah Presiden China Xi Jinping menyatakan bahawa hubungan Malaysia-China pada hari ini mencapai peringkat paling tinggi.

Dalam perkembang­an lain, Najib menegaskan semula komitmen beliau bahawa kera- jaan semasa di bawah kepimpinan­nya akan terus menyediaka­n kestabilan politik dan ekonomi bagi semua rakyat Malaysia untuk berjaya.

“Sebagai perdana menteri anda, saya berikrar untuk terus bersikap adil, sederhana dan inklusif supaya kita membangunk­an Malaysia bersamasam­a,” katanya, dan menarik perhatian bahawa hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini akan terus menjadi aspek penting dalam sistem politik serta cara hidup rakyat Malaysia.

Ini, katanya, terbukti apabila Malaysia berjaya mencapai 5.9 peratus pertumbuha­n tahun lepas, manakala inflasi dan kadar penganggur­an pula tetap rendah.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kaum Cina tidak akan terpinggir daripada peluang mengikuti pendidikan Cina dan kerajaan akan membenarka­n pembukaan lebih banyak sekolah Cina di mana ada keperluan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAUL: Najib menggaul ‘Yee Sang’ pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Huazong di Wisma Huazong dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Presiden Huazong Pheng Hin Yuah (dua kiri), Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai (kiri) dan Presiden Parti...
— Gambar Bernama GAUL: Najib menggaul ‘Yee Sang’ pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Huazong di Wisma Huazong dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Presiden Huazong Pheng Hin Yuah (dua kiri), Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai (kiri) dan Presiden Parti...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia