Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja naik taraf LTAPP bermula hujung tahun ini: Liow

-

GEORGE TOWN: Kerjakerja menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dekat sini dijangka bermula hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata buat masa ini Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukak­an tender terbuka bagi spesifikas­i reka bentuk untuk pembesaran LTAPP dan selepas spesifikas­i reka bentuk itu siap, tender terbuka bagi kontrak projek berkenaan akan dibuka dijangka pertengaha­n tahun ini.

“Semua proses akan dilaksanak­an pada tahun ini juga.

Pada tahun ini, selain daripada menunggu pembesaran terminal serta penambahan ‘ aerobridge’, MAHB juga akan melabur lebih kurang RM35 juta dalam mengoptimu­mkan penggunaan terminal sedia ada iaitu pembesaran ruang dan sebagainya.

“Sekarang (LTAPP) dah sesak kita tak boleh tunggu dua tahun lagi untuk kerja-kerja pembesaran LTAPP. Kita tidak berhenti dengan hanya menunggu terminal baharu, kita akan meneruskan usaha menaik taraf tandas, tempat letak kereta, untuk memberi keselesaan penumpang di LTAPP,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Pulau Pinang, di sini semalam.

Beliau berkata pembesaran LTAPP akan melibatkan penambahan kaunter daftar daripada 61 kaunter kepada 96 kaunter, pembinaan tempat letak kereta bertingkat sehingga lebih 1,000 ruang dan penambahan terminal kapal terbang daripada 16 kepada 31 serta pembinaan Mitsui Outlet.

“Kita yakin pembesaran LTAPP ini dapat menampung sehingga 12 juta penumpang dalam satu-satu masa dan dianggarka­n boleh sampai hingga tahun 2028 untuk menampung kadar peningkata­n penumpang setiap tahun.

“Pada tahun lalu sahaja kadar peningkata­n penumpang ialah 8.5 peratus dan kita yakin ia akan terus meningkat. Kita harap pembesaran lapangan terbang ini akan membantu lagi pembanguna­n negeri Pulau Pinang dan seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Liow berkata kerja-kerja membangun dan membesarka­n Jeti Swettenham, di sini dijangka bermula Ogos ini untuk menarik lebih banyak kapal persiaran berlabuh di situ.

“Jeti ini hanya boleh menempatka­n sebuah kapal persiaran tetapi di masa depan, ia boleh menempatka­n tiga atau empat kapal persiaran pada satu-satu masa.

Kita ada perancanga­n untuk besarkan lagi bagi menampung peningkata­n kapal persiaran. Ini semua menunjukka­n usaha kerajaan Barisan Nasional untuk membangunk­an negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga merancang untuk membesarka­n pelabuhan kontena di Butterwort­h bagi membolehka­n peningkata­n kapasiti Pelabuhan Pulau Pinang.

“Kita yakin ia akan terus meningkat kerana kita sudah kenal pasti Zon Ekonomi Sempadan Khas di Bukit Kayu Hitam untuk menarik lebih banyak lagi kargo dari Selatan Thailand masuk ke negara kita terus sampai ke pelabuhan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUMAH TERBUKA: Liow (tengah) bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional Negeri itu pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Negeri Pulau Pinang di George Town, semalam.
— Gambar Bernama RUMAH TERBUKA: Liow (tengah) bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional Negeri itu pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Negeri Pulau Pinang di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia