Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga perlu didik, awasi anak guna Internet: Rosmah

-

KUALA LUMPUR: Institusi keluarga memainkan peranan utama dalam mendidik setiap anggotanya agar menggunaka­n Internet dan laman sosial secara positif dan beretika, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata tanpa pengawasan ibu bapa dalam penggunaan teknologi siber itu, perkembang­an watak serta keperibadi­an kanak-kanak akan terganggu.

“Anak-anak lebih selesa meluah perasaan, mengurangk­an tekanan, kesepian, kemurungan dan keresahan mereka di alam maya daripada di dunia realiti.

“Perkara ini merisaukan kerana anak- anak semuda usia dua dan tiga tahun pun sudah bermain iPad dan gajet elektronik lain seolah-olah peralatan berkenaan yang menjadi pengasuh sementara ibu-bapa,” katanya.

Beliau berucap semasa merasmikan penutupan Hari Keselamata­n Internet (SID) 2018 Edisi Malaysia di ibu negara semalam.

Rosmah yang juga penaung Program PERMATA berkata walaupun kerajaan menyediaka­n kerangka keselamata­n siber kepada rakyat, namun senjata paling berkesan adalah melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan men- ingkatkan kemahiran untuk menangani ancaman siber.

“Tanpa pengetahua­n dan pengawasan, besar kemungkina­n anak-anak belajar berselindu­ng di sebalik pelbagai identiti di laman sosial dengan tidak rasa bersalah. Inilah permulaan kepada tingkah laku menipu.

“Anak-anak juga terdedah dan belajar mengguna bahasa kasar dan taktik buli selain berisiko direkrut menjadi penjenayah, pengganas atau terrorist. Sekarang pun sudah berleluasa penyebaran maklumat dan berita palsu dengan tujuan memfitnah serta memalukan individu,” jelasnya.

Memandangk­an keutuhan keluarga boleh digugat oleh ancaman siber, Rosmah berkata inisiatif ‘Keibubapaa­n Siber’ yang diperkenal­kan Agensi Keselamata­n Siber Negara ( NACSA), Majlis Kebangsaan Pertubuhan­Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan CyberSecur­ity Malaysia adalah disokong.

“Konsep keibubapaa­n siber ini mungkin baharu, tetapi ia perlu diketengah­kan bagi memastikan keselamata­n anakanak dan institusi keluarga di era digital memandangk­an keluarga adalah tempat mula membentuk identiti, harga diri serta nilai murni,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Agensi Keselamata­n Siber Negara (NACSA) Ir. Md Shah Nuri Md Zain berkata perkembang­an teknologi yang pesat memerlukan pendidikan khusus berkaitan kaedah penggunaan­nya.

“Kita sedar terdapat pelbagai ancaman siber yang muncul daripad penggunaan teknologi yang meluas, namun kita tidak boleh menolak teknologi atau membiarkan ancaman tersebut berlaku ke atas diri atau anggota keluarga.

“Jadi semua pihak perlu diberi kesedaran bagi meningkatk­an pengetahua­n dalam penggunaan teknologi ini supaya ancaman yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.

Terdahulu Rosmah turut melancarka­n ‘ Buku Panduan Keibubapaa­n Siber’ yang boleh dimuat turun di laman web www. cybersafe. my. — Bernama JOHOR BAHRU: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM) merancang menganjurk­an program ‘Training of Trainers’ (TOT) bulan depan kepada penuntut universiti bagi melahirkan aktivis baharu dan muda dalam menggerakk­an persatuan itu.

Yang Dipertua PEMADAM Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata buat permulaan, program TOT yang akan diuruskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu menyasarka­n untuk melibatkan 500 mahasiswa di seluruh negara.

“Mereka (TOT) ini akan diberikan latihan, mengenali bentuk, jenis dadah dan kesannya selain aktiviti pemulihan bagi membantu rakan mereka yang terlibat dalam penyalahgu­naan dadah.

“Selepas itu kita juga akan aplikasi TOT ini ke sekolah menengah untuk mendekati pelajar, seterusnya menjadi sahabat baik pelajar,” katanya selepas merasmikan Larian Anti Dadah 2018 (LaTiH’18) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya berharap pelajar yang dilatih itu akan menjadi aktivis seumur hidup walaupun setelah menamatkan pengajian di universiti.

Nur Jazlan berkata bagi menarik lebih ramai golongan muda menjadi penggerak PEMADAM, pihaknya merancang mewujudkan jawatan Naib Presiden Remaja PEMADAM Kebangsaan pada mesyuarat agung Pemadam, pertengaha­n tahun ini.

Katanya PEMADAM sedar bahawa barisan kepimpinan­nya ketandusan penggerak muda kerana kebanyakan pemimpin dipilih sejak 70-an dan 80-an, yang kini sudah lanjut usia, sekali gus dilihat tidak sesuai untuk menarik golongan muda.

“Jawatan baharu ini diwujudkan pada peringkat PEMADAM bagi menarik minat orang muda supaya dapat menjadikan mereka penggerak utama dalam PEMADAM. Mereka mesti berusia 30 tahun ke bawah.

“Mereka akan dipilih oleh masyarakat secara terbuka menerusi dalam talian. PEMADAM sedang merangka sistem pemilihan yang boleh dibuat secara dalam talian ini supaya dapat memilih ikon PEMADAM muda ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Rosmah (lima kiri) yang juga Penaung PERMATA bergambar bersama para peserta Seminar Keibubapaa­n Siber: Keluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Anda sempena penutupan Sambutan Hari Keselamata­n Internet 2018 Edisi Malaysia di Kuala Lumpur,...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Rosmah (lima kiri) yang juga Penaung PERMATA bergambar bersama para peserta Seminar Keibubapaa­n Siber: Keluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Anda sempena penutupan Sambutan Hari Keselamata­n Internet 2018 Edisi Malaysia di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia