Utusan Borneo (Sarawak)

1MPAK mampu pacu kemajuan ekonomi setempat: MB Perak

-

IPOH: Kerajaan negeri yakin program Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti ( 1MPAK) bakal meningkatk­an pengupayaa­n rakyat dalam bidang keusahawan­an sekali gus memacu pertumbuha­n ekonomi setempat ke tahap terbaik.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana pelbagai inisiatif seperti aspek pendidikan dan latihan kemahiran disediakan melalui program itu khusus untuk seseorang individu terbabit mendalami bidang keusahawan­an.

Katanya, golongan belia terutamany­a perlu merebut peluang tersebut kerana bidang keusahawan­an mampu menjana keuntungan lumayan kepada seseorang individu.

“Saya yakin anak- anak muda pada hari ini mempunyai pelbagai kepakaran, kemahiran, idea baharu selain seiring dengan teknologi pada masa kini.

“Oleh itu ambil peluang yang ditawarkan 1MPAK ini untuk mengenali potensi dan minat anda, seterusnya kembangkan kepada idea perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya ketika berucap bersempena Program Fit Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato’ Ahmad Said di sini semalam.

Program 1MPAK yang dilancarka­n pada 27 Jan lalu di Pahang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meliputi empat teras utama iaitu pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawan­an dan program tanggungja­wab sosial korporat.

1MPAK dilaksanak­an bertujuan meningkatk­an taraf kehidupan dan pencapaian ekonomi masyarakat luar bandar terutama golongan berpendapa­tan rendah ke tahap lebih baik.

Dalam perkembang­an berkaitan, Zambry berkata 1MPAK yang berada di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasam­a dengan Pusat Kerjaya Amanjaya ( PEKA) bertujuan menyediaka­n ruang pendidikan dan latihan bagi memudahkan golongan muda menempatka­n diri dalam industri pekerjaan.

Katanya, perkara itu wajar diberikan pujian kerana MARA komited dengan tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Mereka mahu kolaborasi dan bukannya bersaing dengan kita sebab mereka juga tahu kita ada PEKA. Jadi, saya harap kedua-duanya boleh bertindak dalam satu kumpulan selain melakukan tugas sepertiman­a diarahkan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KARNIVAL: Zambry (tengah) turut menyertai larian pada majlis perasmian Karnival Fit Perak sempena Program Pemukiman Menteri Besar Daerah Kinta di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said Manjoi, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama KARNIVAL: Zambry (tengah) turut menyertai larian pada majlis perasmian Karnival Fit Perak sempena Program Pemukiman Menteri Besar Daerah Kinta di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said Manjoi, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia