Utusan Borneo (Sarawak)

Tertekan oleh peperangan dengan Conte, Man Utd lancarkan misi balas dendam pada pertemuan dengan Chelsea malam ini

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Jose Mourinho menerima tekanan untuk menunjukka­n pendekatan yang lebih berani dan menyerlahk­an prestasi terbaik daripada Paul Pogba dan Alexis S a n c h e z u n t u k perlawanan membalas dendam menentang Antonio Conte yang membimbing Chelsea pada malam ini (Ahad). Pogba belum bermain selama 90 minit dalam masa lebih sebulan setelah dia digugurkan oleh Mourinho untuk keputusan seri 0-0 pada Rabu lepas di Sevilla dalam perlawanan pusingan pertama MU pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara. Walaupun berjaya mengelak kekalahan di Sepanyol, kebanyakan­nya berkat usaha cemerlang penjaga gol David de Gea, pendekatan ultra-defensif Mourinho telah mengundang kritikan tajam daripada pengulas dan sebahagian penyokong MU. Pengurus Portugis itu marah apabila ditanya sama ada dua pemain utama kelab yang dia t a n d a t a n g a n i iaitu Pogba dan Sanchez me- merlukan lebih banyak kebebasan kreatif atau tidak untuk bermain dengan baik.

Gol tunggal Sanchez dalam jersi MU sejak dia tiba dari Arsenal pada bulan lepas dijaringka­n apabila dia menolak masuk bola yang melantun selepas tendangan penaltinya diselamatk­an oleh penjaga gol Huddersfie­ld, Jonas Lossl.

Mourinho juga ada maruah sendiri serta mata penting dalam pertarunga­n empat pasukan bagi tiga tempat dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang untuk dipertaruh­kan ekoran perbalahan yang sengit dengan Conte. Kedua-dua pengurus sudah terbabit dalam beberapa per- tikaman lidah, khususnya pada Januari lepas apabila Mourinho seakan-akan merujuk kepada penggantun­gan yang dijalani Conte berhubung skandal menetapkan keputusan perlawanan di Itali.

Pengurus dari Itali itu kemudian dibersihka­n daripada sebarang salah laku.

“Kita dapat berjumpa dalam sebuah bilik untuk cuba menjelaska­n komen ini,” kata Conte ketika dia melawat Old Trafford, selain melabel Mourinho ‘seorang lelaki kecil’.

Bagaimanap­un Conte merupakan orang pertama yang bermain-main dengan perang mulut menjelang hujung minggu ini, selepas dia berkata dia menjangkak­an sepenuhnya untuk melihat Pogba bermula pada malam ini.

“Kita bercakap mengenai seorang pemain terkemuka, seorang pemain yang hebat,” kata Conte yang pernah membimbing Pogba di Juventus.

“Jangkaan saya ialah untuk melihat dia di atas padang. Jika dia tidak bermain, ia adalah lebih baik.

“Setiap jurulatih perlu mencari cara yang betul untuk mengurusny­a. Pogba menunjukka­n di United bahawa dia seorang pemain terkemuka.”

Peranan Pogba dan pertarunga­n taktik di antara Mourinho dan Conte boleh dipengaruh­i ketiadaan Ander Herrera akibat kecederaan.

Pogba menggantik­an pemain tengah Sepanyol itu selepas hanya 17 minit sahaja di Seville untuk bermain di posisi yang disukainya di sebelah kiri dalam barisan tiga pemain tengah.

Bagaimanap­un Mourinho menggunaka­n Herrera dua kali pada musim lepas untuk mengawal pemain bahaya Chelsea, Eden Hazard, dengan hasil yang sangat berbeza.

Herrera dibuang dari padang selepas hanya 35 minit sahaja ketika Chelsea memenangi satu perlawanan Piala FA 1-0 pada Mac lalu sebelum MU membalas dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford pada April.

Hanya empat mata sahaja memisahkan MU di tempat kedua daripada Tottenham di tempat kelima, manakala kemenangan bagi Chelsea di tempat keempat akan menyamakan jumlah mata mereka dengan pasukan tuan rumah.

“Pertanding­an untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara adalah terbuka, jadi kita mesti memberi perhatian yang dekat,” ujar Conte.

“Dalam pertanding­an ini, terdapat banyak pasukan hebat, dan seseorang terpaksa diketepika­n daripada Liga Juara-Juara akan datang.”

Kedua-dua pasukan juga dapat merasakan kesan daripada pembabitan mereka dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Chelsea mempunyai kelebihan sedikit selepas mereka mengikat Barcelona 1-1 di stadium sendiri pada Selasa lepas, 24 jam sebelum kunjungan MU ke Seville.

Conte mempunyai banyak pilihan untuk menyegarka­n barisan kesebelasa­n utamanya selepas dia meletakkan dua penyerang Olivier Giroud dan Alvaro Morata di atas bangku pemain simpanan untuk menurunkan Hazard dalam peranan tengah yang luar biasa.

Walau bagaimanap­un Willian kemungkina­n akan mengekalka­n tempatnya selepas menjaringk­an gol dan turut melakukan dua cubaan yang terkena tiang gol ketika menentang kelab gergasi Catalan berkenaan.

“Apabila anda bermain seperti ini, jurulatih tidak ada keraguan dan anda bermain,” kata Conte mengenai prestasi pemain Brazil itu. — AFP

Setiap jurulatih perlu mencari cara yang betul untuk mengurusny­a. Pogba menunjukka­n di United bahawa dia seorang pemain terkemuka. Antonio Conte Pengurus Chelsea

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ
 ??  ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia