Utusan Borneo (Sarawak)

Lekat reben kuning, FA dakwa Guardiola langgar peraturan

-

LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola kelmarin didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kerana memakai reben kuning untuk menyokong pemimpin kemerdekaa­n Catalan yang dipenjara.

FA menyebut dalam satu kenyataan bahawa simbol yang dipakai oleh bekas pengurus Barcelona itu pada jaketnya melanggar peraturan.

“Pep Guardiola telah didakwa kerana memakai mesej politik, khususnya reben kuning, yang melanggar peraturan ikan dan kelengkapa­n FA,” kenyataan FA itu menyebut.

“Dia ada sehingga jam 6.00 petang Isnin 5 Mac 2018 untuk menjawab tuduhan.”

Selepas acara-acara pada tahun lepas dalam usaha Catalonia untuk berpisah dari Sepanyol, yang termasuk referendum dan perisytiha­ran kemerdekaa­n, kedua-duanya dianggap menyalahi undangunda­ng, pihak berkuasa memenjara beberapa pemimpin pergerakan itu.

Pengurus City itu, yang dilahirkan di Catalonia, pernah menjelaska­n sebab dia memakai reben tersebut.

Merujuk kepada dua pemimpin kemerdekaa­n pertama yang dipenjara, dia berkata pada Disember lalu: “Saya berbuat demikian kerana di Sepanyol, dua orang khusus yang mempertaha­nkan sesuatu seperti undian, sesuatu yang tidak dipersetuj­ui orang yang memegang kuasa, berada dalam penjara. Ia tidak adil.

“Untuk mengadakan pemberonta­kan bagi sesuatu seperti itu, anda perlu lasak untuk berada dalam penjara. Dan mereka masih di sana. Jadi, walaupun mereka belum keluar, selalu di sini ( menunjuk kepada reben) mereka akan dikongsi dengan saya.

“Kerana, OK, mereka boleh menggantun­g saya kerana berbuat demikian, tetapi orang lain berada dalam penjara. Jika mereka mahu menggantun­g saya – UEFA, Liga Perdana, FIFA – ia adalah OK.” — AFP LONDON: Tottenham membuat perjalanan singkat merentasi London untuk menentang Crystal Palace pada malam ini ( Ahad) dengan pengurus Mauricio Pochettino yang membanding­kan pemain tengah Mousa Dembele dengan Diego Maradona.

“Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa dia adalah seorang genius bola sepak,” kata pengurus Spurs itu mengenai pemain antarabang­sa Belgium tersebut.

“Saya meletakkan­nya di sebelah Ronaldinho, Maradona, (Jay-Jay) Okocha – pemain yang saya bernasib baik untuk bermain bersama mereka.

“Bagi saya dia adalah antara bakat yang menakjubka­n dalam sejarah bola sepak. Sekarang dia menikmati waktu yang menakjubka­n dan bagi saya, dia sewajarnya menerima semua pujian yang orang berikan kepadanya.”

Komen tersebut pasti menarik perhatian di keduadua belah Sungai Thames tatkala Tottenham berusaha untuk memintas Chelsea dan Liverpool, dua pasukan yang berada di atas mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain Argentina itu mempunyai skuad penuh dengan pemain pertahanan Toby Alderweire­ld satu-satunya yang menimbulka­n tanda tanya selepas mengalami masalah hamstring yang dialami dalam sesi latihan Khamis lepas.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan rakan Dembele dalam pasukan antarabang­sa dan dijangka memainkan peranan penting dalam usaha negaranya memenangi Piala Dunia pertama kali.

Bagaimanap­un rundingan kontrak masih tertangguh sehinggaka­n dia boleh berada di kelab lain pada waktu itu dan Pochettino menjelaska­n dia tidak akan memainkan peranan dalam rundingan tersebut.

“Ia bukan kerja saya dan saya tidak dapat menyebut apa-apa mengenainy­a,” katanya.

“Saya tidak terlibat dalam rundingan. Saya tidak pernah bercakap mengenai khabar angin, apa yang disebut oleh media atau apa yang berlaku di sekitar kelab.”

Pochettino menjalin hubungan dengan pengurus Palace, Roy Hodgson, ketika Hodgson menjadi pengurus England, dan kerap memilih pemain Spurs.

Tottenham menewaskan Palace 1-0 di Wembley pada Disember lalu ketika Hodgson mula mengeluark­an The Eagles dari masalah penyingkir­an, selepas menggantik­an Frank de Boer pada September lalu.

“Roy dan kakitangan­nya menjalanka­n kerja yang hebat sekali,” kata Pochettino.

Harapan Palace untuk menjarakka­n diri mereka daripada kelompok tiga pasukan tercorot telah dihambat oleh beberapa kecederaan yang menyebabka­n Hodgson kehilangan 12 pemain senior.

“Ia memang dijangkaka­n perlawanan yang sukar, walaupun saya dapat menghidupk­an semula 12 pemain ini dan menambah mereka kepada pemain yang kita ada untuk memberikan kami skuad yang sangat bagus, ia tetap perlawanan yang sukar,” kata Hodgson. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia