Utusan Borneo (Sarawak)

McLaren perkenal jentera baharu hasil kerjasama dengan Renault

-

LONDON: Juara dunia berganda Fernando Alonso berkata dia ‘teruja tetapi khuatir’ ketika McLaren menjadi pasukan besar terakhir dalam Formula Satu untuk memperkena­lkan kereta mereka bagi kempen baharu kelmarin.

Pasukan British itu mempamerka­n prestasi yang buruk sejak beberapa bulan lalu tetapi selepas membuang rakan enjin bermasalah Honda dan bergabung dengan Renault, mereka pasti terdesak untuk memberi gambaran yang lebih baik pada 2018.

Kereta baharu mereka memaparkan warna baharu yang lain daripada rekaan pada tahun lepas, dengan seluruh badan berwarna oren serta bahagian sayap belakang dan depan berwarna biru.

Alonso, 36, kelihatan hampir pasti untuk men- inggalkan McLaren pada tahun lepas setelah musim mengecewak­an tetapi memutuskan untuk melanjutka­n kontraknya setelah pasukan menamatkan hubungan mereka yang menyedihka­n dengan Honda.

“Melihat kereta baharu kami, saya rasa amat teruja sekali tetapi juga khuatir,” kata Alonso, yang gagal menamatkan lebih daripada separuh perlumbaan pada musim lepas.

“Saya tahu betapa pentingnya kereta ini kepada pasukan, dan saya hanya harap ia DUBAI: Roger Federer tidak akan menerima jemputan ‘ wild card’ di Kejohanan Dubai pada minggu depan, pengarah kejohanan bagi acara itu mengesahka­n kelmarin, dan pemain nombor satu dunia yang baharu itu sebaliknya memilih untuk menghadiri satu majlis anugerah di Monte Carlo.

Pengarah kejohanan Salah Talhak memberitah­u media tempatan bahawa Federer, 36, pemain lelaki tertua yang menduduki ranking teratas, berkata juara tujuh kali itu berhasrat untuk bermain di acara tersebut pada 2019.

“Saya faham dan saya percaya apa yang bagus untuknya adalah bagus untuk kita. Kita sebenarnya tidak dapat mendesakny­a lagi,” kata Talhak kepada Sport360.

“Jika dia tidak menang di Rotterdam, dia pasti sudah datang ke sini.”

Pada awal kelmarin Federer ‘tweet’ hasratnya untuk pergi ke Monte Carlo pada Selasa depan bagi menghadiri majlis anugerah Laureus di mana dia sekali lagi adalah seorang calon. —

AFP berfungsi dengan cara yang semua kami inginkan.

“Jika kita dapat memajukan kekuatan penting daripada casis pada tahun lepas dan menggabung­kannya dengan unit tenaga Renault yang lebih baik, maka saya fikir kami pasti dalam mengambil satu langkah ke hadapan.”

Alonso akan sekali lagi berganding­an dengan Stoffel Vandoorne dari Belgium, yang memasuki musim kedua dengan pasukan itu.

Remaja British Lando Norris menyertai pasukan sebagai pemain simpanan McLaren.

McLaren, pemenang gabungan 20 kejuaraan pembuat dan pemandu kereta, tidak pernah memenangi perlumbaan sejak 2012 dan tidak pernah menaiki podium kereta selama empat tahun.

Lewis Hamilton memenangi kejuaraan pemandu terakhir bagi mereka sedekad lalu.

Namun pasukan itu optimis tentang peluang mereka sebelum kejohanan pembukaan musim di Melbourne pada bulan depan.

“Pasukan McLaren dicipta oleh seorang perintis berani, dan sejak itu mempunyai keberanian sebagai terasnya,” kata Zak Brown, pengarah eksekutif pasukan itu.

Kereta baharu itu diuji sewaktu hari rakaman di Sepanyol sebelum ujian pembukaan musim salji, yang bermula di Barcelona pada minggu depan. — AFP

Saya tahu betapa pentingnya kereta ini kepada pasukan, dan saya hanya harap ia berfungsi dengan cara yang semua kami inginkan. Fernando Alonso Pemandu pasukan McLaren

 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia