Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Seramai 275 pemain dari 49 negara bakal berentap

-

KUCHING: Seramai 275 orang pemain dari 49 negara bakal berentap pada Kejohanan Tenis Remaja Persekutua­n Tenis Antarabang­sa ( ITF) Piala Ketua Menteri Edisi Ke- 31 Gred ( I) 2018.

Kejohanan tahunan anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak ( SLTA) itu akan bermula dari 13 hingga 18 Mac depan di Gelanggang Tenis SLTA di sini.

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew memberitah­u Jepun menghantar kontinjen terbesar dengan seramai 15 peserta manakala Australia kedua terbesar dengan sembilan pemain.

Malaysia selaku tuan rumah hanya mempertaru­h lapan pemain termasuk Rusia dan Thailand.

“Edisi kali ini antara yang menarik kerana bakal membabitka­n jumlah penyertaan paling ramai berbanding sebelum ini. Kebanyakan pasukan bertanding menyenarai­kan pemain- pemain ranking pertama kebangsaan negara masing- masing.

“Justeru, edisi kali ini bakal menjanjika­n saingan sengit antara semua pemain yang bakal berentap,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Menurut Patrick, ada kalangan pemain yang mengambil bahagian pernah menyertai kejohanan sama sebelum ini.

Paling mencuri tumpuan ialah kemunculan tiga pemain dari Sarawak, Jimmy Liong, Muhammad Aiman Hamdan dan Lydia Liong turut membawa cabaran pasukan negara.

Negara- negara lain mengambil bahagian ialah Belarus, Belgium, Kanada, China, Colombia, Croatia, Republik Chech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Britain, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Kazakhstan, Laos, Latvia, Belanda, New Zealand dan Mariana Utara.

Ia termasuk Papua New Guinea, Filipina, Poland, Romania, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerlan­d, Taiwan, Thailand, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia