Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh bersiri Kanada didakwa terbabit enam pembunuhan

-

RABAT: Kelmarin pihak polis Maghribi telah menahan seorang penerbit akhbar dan wartawan yang terkenal dengan penerbitan kritikal mengenai pihak berkuasa di negara Afrika Utara, menurut seorang rakan sekerja.

Taoufiq Bouachrine, 49, telah ditangkap semasa satu serbuan polis terhadap akhbarnya, Akhbar al-Yaoum, di Casablanca, Mounir Abou Al Maali memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan kirakira 20 anggota polis yang berpakaian biasa telah memasuki pejabat akhbar tersebut dan menggeleda­hnya.

“Mereka telah mengambil gambar dan merampas kunci,” untuk pejabat, kata beliau. Abou Al Maali menyatakan ia masih belum jelas kenapa Bouachrine telah ditangkap.

Akhbar berbahasa Arab turut menyatakan di dalam laman sesawangny­a bahawa Bouachrine telah ditangkap, namun ia turut tidak dapat untuk menyatakan sebabnya.

Ia adalah bukan kali pertama Bouachrine berurusan dengan pihak berkuasa.

Pada 2009, Bouachrine dan kartunis Akhbar alYaoum, Khalid Gueddar telah dijatuhkan setiap seorang hukuman penjara empat tahun digantung selepas dua perbicaraa­n berasingan bagi satu kartun mengenai satu perkahwina­n yang kelihatan ofensif terhadap keluarga diraja Maghribi.

Kedua-dua mereka turut diarahkan untuk membayar denda dan kerugian yang besar, sementara akhbar tersebut telah ditutup.

Bouachrine turut berdepan tuntutan saman daripada menteri kerajaan yang telah menuduh beliau dengan fitnah.

Serta pada Jun 2010, Bouachrine telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan bagi penipuan berkaitan dengan satu perjanjian hartanah.

Pihak pemerhati media Reporters Without Borders (RSF) meletakkan Maghribi pada kedudukan ke-133 dari 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia pada tahun lepas. — AFP OTTAWA: Seorang tukang landskap dituduh membunuh lelaki gay Toronto telah didakwa kelmarin dengan satu pembunuhan yang keenam selepas rangka manusia ditemui disembunyi­kan dalam pasu besar adalah sepadan dengan seorang mangsa hilang.

Bruce McArthur, 66, telah ditangkap pada Januari selepas satu siasatan mengenai kehilangan dua lelaki dari sebuah kawasan yang didiami oleh penduduk gay di luar bandar Toronto pada tahun lepas, yang membawa pihak polis ke beberapa pasu besar di sebuah hartanah yang dia gunakan untuk penyimpana­n.

Setakat ini, rangka tulang tiga mangsa telah dikenal pasti melalui cap jari dan rekod pergigian, penyiasat utama polis Toronto Sarjan Hank Idsinga memberitah­u satu sidang media.

Analisis DNA “adalah masih belum selesai untuk tiga set rangka tulang yang masih ada” di rumah bahagian timur Toronto, jelas Idsinga.

Tiga mangsa yang telah dikenal pasti adalah Andrew Kinsman, 49, yang diketahui sebagai mempunyai hubungan seksual jangka panjang dengan McArthur; Skandaraj Navaratnam, 40, yang telah dilaporkan hilang pada 2010; dan Soroush Mahmudi, 50, kehilangan­nya telah dilaporkan hampir tiga tahun lepas.

McArthur turut didakwa dengan pembunuhan yang dirancangk­an terlebih dahulu terhadap Majeed Kayhan, 58, Dean Lisowick berusia 47 tahun, dan Selim Esen, 44.

“Saya tidak dapat menjelaska­n mengenai di mana pembunuhan telah berlaku. Kami percaya bahawa kami mempunyai beberapa kawasan pembunuhan,” kata Idsinga.

Pihak polis juga sedang meneliti “beberapa pembunuhan yang masih belum selesai,” kes “kematian mengejut” yang tidak dapat dijelaskan, dan “beratusrat­us kes orang hilang yang masih tertunggak” sejak beberapa dekad lepas bagi kemungkina­n mempunyai hubungan dengan McArthur, jelas beliau.

Siasatan akan mengambil masa beberapa bulan, kemungkina­n beberapa tahun, tambah beliau.

Pihak berkuasa telah memeriksa sebanyak lebih dari 20 pasu besar di rumah bahagian timur, dan dijangka akan kembali bersama anjing pengesan mayat bagi mencari kemungkina­n lebih banyak mayat lagi sebaik sahaja kawasan yang beku mencair.

Pihak polis turut mencari di dua kawasan lagi di bandar ini, dan telah menghubung­i pihak polis di luar negara, di mana McArthur mungkin telah pergi, bagi bantuan.

Pihak polis masih belum menyatakan bagaimana mangsa-mangsa itu mati.

“Saya percaya kami mempunyai bukti tentang bagaimana sebahagian daripada mereka mungkin telah dibunuh. Namun itu adalah setakat yang saya mampu katakan,” jelas Idsinga.

McArthur telah disyaki pada September 2017 berhubung dengan kehilangan Kinsman, namun pihak polis pada mulanya menolak cadangan bahawa seorang pembunuh bersiri telah mengganggu kawasan kejiranan gay di Toronto.

Menurut media tempatan, pihak polis telah membuat satu keputusan pantas dengan memasuki kediaman McArthur dan menahan dia pada 18 Januari apabila mereka melihat seorang pemuda memasuki pangsapuri­nya. Pihak polis telah menemui lelaki itu diikat pada katil, namun tidak dicederaka­n.

Dokumen mahkamah turut menyatakan McArthur telah disabitkan menyerang seorang lelaki dengan sebatang paip besi pada 2001.

Dia telah selamat dari hukuman penjara, namun melarang dia dari mendapatka­n pelacur gay dan dari memiliki “poppers” sejenis dadah rekreasi yang digunakan semasa hubungan seksual dan telah diarahkan agar menjalani pengurusan kemarahan.

Pada bulan lepas, Idsinga menyatakan: “Kami percaya terdapat lebih ramai mangsa lagi namun saya tidak mempunyai sebarang idea berapa ramai lagi yang akan ditemui.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMBUNUHAN TERANCANG: Bruce, tukang landskap kelihatan dalam gambar yang disiarkan dalam laman akaun sosial beliau.
— Gambar Reuters PEMBUNUHAN TERANCANG: Bruce, tukang landskap kelihatan dalam gambar yang disiarkan dalam laman akaun sosial beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia