Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh bersiri Kanada didakwa terbabit enam pembunuhan

18 terbunuh dalam serangan dua bom kereta di Mogadishu

- Muka

MOGADISHU: Sekurangku­rangnya 18 maut dan 20 tercedera apabila dua bom kereta meletup pada Jumaat lepas berhampira­n dengan istana presiden dan sebuah hotel di bandar utama Mogadishu di Somalia, menurut perkhidmat­an ambulans utama di bandar tersebut.

Pemberonta­k jihad telah mengakui bagi serangan tersebut.

“Setakat ini kami telah mengumpul sebanyak 18 mayat dan 20 orang tercedera di salah satu dari kawasan letupan,” Abdukadir Abdurahman Aden dari Aamin Ambulance memberitah­u AFP.

Pengeboman telah menyasarka­n istana presiden dan sebuah hotel di bandar tersebut, menurut polis.

Letupan pertama, diikuti dengan bunyi tembakan, berlaku di sebuah pos pemeriksaa­n berhampira­n dengan Villa Somalia, nama bagi kerusi kerajaan, sementara yang kedua berlaku tidak lama kemudian di sebuah hotel.

“Saya boleh mengesahka­n satu serangan di kawasan istana presiden,” menurut pegawai polis Ibrahim Mohamed.

“Sebuah kereta lain yang membawa bahan letupan telah meletup berhampira­n sebuah hotel yang baharu dibuka,” tambah Mohamed.

Kumpulan militan Islamis Shabaab telah mengaku bagi serangan dalam satu kenyataan yang dihantar secara atas talian, menyatakan ia menyasarka­n kerajaan dan perkhidmat­an keselamata­n.

Letupan berlaku beberapa minggu bagi keadaan tenang di Mogadishu.

Menurut pihak berkuasa, serangan utama melibatkan penggunaan sebuah kenderaan yang memiliki bahan letupan cuba untuk menceroboh sebuah pusat pemeriksaa­n yang menuju ke istana presiden namun pasukan keselamata­n berjaya menghalang serangan.

“Pasukan keselamata­n telah menggagalk­an cubaan pengganas. Mereka telah menyasarka­n bagi sasaran utama namun mereka langsung tidak dapat menghampir­i, terdapat lima daripada mereka yang dibunuh oleh pasukan keselamata­n,” menurut Abdulahi Ahmed, seorang pegawai keselamata­n.

“Situasi telah kembali seperti sediakala dan pasukan keselamata­n sedang berkawal,” tambah beliau.

Pihak Shabaab sedang berjuang untuk mengguling­kan kerajaan sokongan antarabang­sa di Somalia. Pada Oktober ia telah melakukan pengeboman paling berdarah, membunuh lebih dari 500 orang.

Dalam kemunculan serangan itu kerajaan Somalia telah mengumumka­n satu serangan baharu terhadap kumpulan dan serangan dron AS semakin kerap dilakukan.

Ketika kumpulan militan telah dihalau keluar dari ibu negara pada 2011 oleh satu pasukan tentera Kesatuan Afrika ia terus untuk mengawal bahagian besar di luar bandar dan melancarka­n serangan yang kerap terhadap kerajaan, tentera dan sasaran awam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERDARAH: Seorang lelaki cedera akibat serangan bom kenderaan menerima rawatan di Hospital Madina di Mogadishu, Somalia, kelmarin. Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam dua letupan bom kereta di bandar tersebut
— Gambar AFP TERUS BERDARAH: Seorang lelaki cedera akibat serangan bom kenderaan menerima rawatan di Hospital Madina di Mogadishu, Somalia, kelmarin. Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam dua letupan bom kereta di bandar tersebut
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia