Utusan Borneo (Sarawak)

Gucci sumbang $500,000 perarakan pelajar AS tuntut kawalan senjata

-

NEW YORK: Jenama fesyen mewah Itali Gucci kelmarin bersama beberapa selebriti AS mengumumka­n satu sumbangan berjumlah $500,000 bagi perarakan pelajar pada bulan seterusnya di Washington menuntut kawalan senjata yang lebih ketat.

Sumbangan tersebut, yang pertama dilaporkan oleh Women’s Wear Daily dan disahkan oleh seorang jurucakap Gucci di Amerika Syarikat, memberikan satu lagi sokongan besar terhadap apa yang dianggap sebagai mobilisasi belia yang tidak dijangkaka­n menentang keganasan senjata selepas kejadian tembakan pada minggu lepas di Florida.

“Kami berdiri bersama dengan ‘ March For Our Lives’ dan para pelajar yang berani di seluruh negara yang menuntut agar nyawa dan keselamata­n mereka menjadi satu keutamaan,” menurut pihak jenama tersebut dalam satu kenyataan.

“Kami semua telah secara langsung atau tidak langsung menerima kesan dengan tragedi kejam ini.”

Rali itu dijadualka­n akan dilakukan pada 24 Mac, dengan rali-rali lain dirancangk­an di seluruh negara bagi menuntut agar pihak Kongres AS muncul dengan rang undangunda­ng efektif yang berkaitan dengan epidemik keganasan senjata di Amerika Syarikat.

Akhbar Washington Post menyatakan pihak penganjur menjangkak­an seramai lebih dari 500,000 orang akan menghadiri­nnya, menurut kepada permohonan permit acara mereka.

Rali itu telah dianjurkan oleh para pelajar dari sekolah tinggi Florida di mana seorang pemuda berusia 19 tahun yang bersenjata­kan selaras raifal separuh automatik membunuh 17 orang di Parkland, Florida.

Pada Isnin lepas, George Clooney dan isteri beliau seorang peguam hak asasi manusia Amal, Oprah Winfrey, pengarah Steven Spielberg dan isterinya seorang aktres Kate Capshaw, serta penerbit filem Jeffrey Katzenberg dan isteri Marilyn turut menjanjika­n sejumlah $ 500,000 setiap seorang.

Pengarah kreatif Gucci Alessandro Michele memberitah­u Women’s Wear Daily bahawa beliau berasa “sangat terharu” dengan keberanian para pelajar Parkland.

“Kasih sayang saya adalah bersama mereka dan akan terus bersama dengan mereka pada 24 Mac. Saya bersama dengan March for Our Lives dan pemuda-pemudi yang kuat di seluruh Amerika Syarikat yang berjuang bagi generasi mereka dan seterusnya yang akan datang,” terang beliau.

Menyebut mengenai pasaran milenium, pengiklana­n Gucci untuk pramusim luruh menunjukka­n bantahan pelajar Perancis pada tahun 1968, dengan pemberonta­k memakai Gucci menawan sebuah kampus menuntut perubahan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia